Allah en el corazón

“Nanti jemputlah datang ke ceramah ye..”

Hati terpanggil memenuhi undangan sedemikian. MINDEF. Entah dari mana datangnya keberanian, hingga berjalan keseorangan menempuh halangan.

“ALLAH telah aturkan agenda hambaNya. Tiada siapa yang tahu akan agenda Yang Maha Esa. Sesungguhnya, manusia hanya membacanya dengan mata hati yang bersih apabila dipanggil ALLAH utk diberi hidayah dengan pelbagai cara. Banner2 ceramah, Iklan2 ttg kuliah ilmu agama, Flyers dan sbgnya merupakan salah satu alat untuk mengukur tahap mana keimanan kita dan bagaimana mata hati menafsirkannya. Ia merupakan arahan ALLAH yang hanya difahami oleh mata hati. Bersyukurlah pada ALLAH yang memegang hati2 kita utk menerima cahaya ilmuNya yg luas dan kita diberi peluang untuk menghadirinya. Walaupun kita tau, kita ada banyak kerja nk buat daripada pergi ceramah, tapi disebabkan keinginan atau rohani kita dahagakan ilmu, ALLAH menjemput kita ke majlis yg dipayungi oleh malaikat2 dan mendoakan kesejahteraan kita. Betapa sayangnya ALLAH pada kita, hingga memberikan peluang untuk membersihkan dosa dan memperbanyakkan pahala.”

Ceramah Prof. Madya Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd dimulai dengan muhasabah diri bagi membersihkan hati2 yang penuh dengan sifat mazmumah dan menyedarkan hati2 yg sudah lama diulit dengan keseronokan duniawi bagi membuktikan bahawasanya manusia perlu memuhasabah diri untuk mengenal fitrah dan erti diri yg telah diciptakan ALLAH sebelum memulakan ceramahnya yang bertajuk Mencontohi Akhlak Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam. Sesungguhnya fitrah manusia inginkan kebaikan dan dahagakan makanan rohani. Namun disebabkan hati yang hitam dan berkarat ini telah menyelaputi lapisan hati hingga lupa akan kehidupan akhirat yang menjanjikan keseronokan yang berkekalan. Hanya hati2 yang hidup dengan nama ALLAH dan mahu berubah ke arah yang lebih baik akan menyedari bahawa perjalanannya di dunia telah tersasar jauh dari apa yang dikehendaki ALLAH.

“Letakkan ALLAH di hati kamu. Jangan biarkan manusia memenuhi hatimu. Jika isteri meletakkan suami di hatinya, menyayanginya sepenuh hati hingga tiada ruangnya menyintai ALLAH dan Rasulullah Sollallahu A’alaihi Wasallam, maka apabila ALLAH mengambil suaminya kerana sudah sampai ajalnya, isteri tersebut akan bersangka buruk pada ALLAH kerana mengambil suami yang dicintainya. Tapi, si isteri lupa bahawa suaminya merupakan hak milik ALLAH dan hanya pinjaman buatnya. Si isteri meraung dan tidak dapat menerima ketentuan ALLAH padanya. Jesteru, sayangilah manusia seadanya. Letakkan sayangmu di genggamanmu, supaya apabila ALLAH mengambilnya, kamu bisa melepaskan dia dengan sepenuh jiwa ragamu kerna cintamu pada ALLAH memenuhi segenap ruang hatimu. Di situlah wujudnya redha dan pasrah dengan apa yang telah ditaqdirkan ALLAH kepada hambaNya. Sabar pula akan menyertai di samping ikhlas. Manakah yang lebih baik, meratap atau menerima dengan hati yang terbuka. Oleh itu, sayangilah ALLAH kerana ALLAH lebih dekat dan lebih memahami kita walau bagaimanapun keadaan kita.”

Sebak mendengarnya. Payah implementasinya. Namun, apa yang Prof bawakan adalah bagaimana mahu mencintai ALAH dan mengekalkan cintaNya dalam hati manusia.

Firman Allah swt :

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,

(Surah Qaf : Ayat 16)

Dalam Hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak. [Sahih Muslim – no: 2675]


Seperti terkena panahan petir, walaupun sebaik mana manusia dengan kita, biarlah hati kita hanya memenuhi cinta ALLAH bukannya manusia. Manusia yg baik dengan kita hanyalah merupakan alat2 atau wakil yg ALLAH nak tolong kita dengan sesuatu. Sesungguhnya ALLAH mengasihi hambaNya lalu menghantar wakil2 sbg sebab menolong kita di kala kesusahan dan kesedihan. Manusia juga hanyalah pinjaman ILahi. Bila2 masa sahaja, dia akan dipanggil ILahi, jesteru menguji keimanan kita kepada rukun iman yang ke enam.

“Kita sebenarnya, tidak dikatakan beriman lagi selagi kita tidak beriman dengan rukun iman yang ke enam, iaitulah Beriman kepada Qada dan Qadar. Kita selalu menyalahkan taqdir yang telah ditentukan kepada kita sehingga kita bersangka buruk dengan Tuhan. Tidak dapat menerima kenyataan dan tidak berlapang dada adalah salah satu simptom2 kita tidak beriman. Berapa banyak daripada kita mengeluh dengan ujian dan masalah?

Terlalu berbisa kerana baru sekarang dapat mengukur tahap keimanan sendiri. Ya ALLAH, sesungguhnya sudah lama daku tersasar dr meraih cintaMu..

“Kita belum mengenali ALLAH sepenuhnya, mana mungkin kita mencintainya. Maka, adakah kita hanya mengungkap cinta dan sayang hanya di bibir atau menghayatinya dalam kehidupan? Sejauh mana, anda faham dengan syahadah, asyhadu alla ila ha illa ALLAH? Jesteru, kenali ALLAH dengan nama2 Nya. Berakhlak lah dengan ALLAH.

Akhlak manusia dengan ALLAH adalah:

  1. Memuja dan memuji ALLAH. Manusia hanyalah alat yang diarahkan oleh ALLAH.
  2. Menginsafi diri bahawa semua benda merupakan kepunyaan ALLAH. Manusia hanya lah wakil dan peminjam
  3. Melakukan agendaNya di mana manusia tidak mementingkan diri kerana mengutamakan kerja2 menolong orang lain dan kebaikan.
  4. Redha atas taqdir dan ketentuanNya. Ya Qadir , ALLAH Maha berkehendak ke atas segala sesuatu.
  5. Bergantung penuh kepadaNya bahawa dia tidak bergantung kepada manusia dan berdikari.
  6. Sabar menanggung ujianNya. Ya Sobur, ALLAH Yang Maha Sabar.
  7. Memohon ampun dariNya. Tidak menunding jari kepada orang lain dan sentiasa memuhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
  8. Merasa kehebatanNya. Ya Khaliq, Ya Musawwir, Maha cantik arkitekNya.
  9. Merasa takut kepadaNya.”

Sesungguhnya, cinta dan sayang kita pada ALLAH adalah fitrah. Namun, kita tidak menemuinya setelah mengalami pengembaraan yang jauh dengan palitan2 sifat mazmumah yg ada dalam diri sekian lama.

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM (Source: http://www.pekanrabu.com/zubir/asmaulhusna.html)

* Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH SWT.
* Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan ALLAH SWT
* Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH SWT
* Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
* Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan  qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya
* Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
* Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

p/s : Terasa kerdil diri ini. Terlalu banyak yang perlu dipelajari. Perkara asas iaitu aqidah pon dh lemah. Tambahan pula yang lain2. huhu.. Ya Rahman, Ya Rahim, alirkan kasih sayangMu di antara aku dan keluargaku, adik beradikku, sahabat2ku, pensyarah2ku, guru2ku dan kenalan2ku..~

limpiar el corazón a través de la experiencia

“Rasulullah SAW mengajar kita 4 perkara melalui teladannya
i) Hati yang bersih
ii) Ilmu dan hikmah
iii) Akal yg sentiasa berfikir
iv) Akhlak yg baik

Pertama, hati yang bersih merupakan hati yang diuji ALLAH, lalu dia bersabar dengan apa yg telah berlaku, malah memberikan dia pengalaman di sebalik ujian yg ditempuhinya.

Hati2 inilah yang senang dibentuk oleh ALLAH kerana hatinya tunduk dengan ketentuan ALLAH. Pengalaman dalam hidupnya merupakan hikmah ujian yg diberikan kepada manusia. Untuk belajar ditanam iman, manusia perlu diuji berdasarkan pengalaman.”

Khusyuk mendengar ceramah Ustazah Suraya mengenai hati yang bersih sebenarnya dapat dinilai setelah berjaya menempuhi ujian dariNya. Pengalaman itu membuatkan kita berhati2 dan menjadikan kita hamba ALLAH yg dekat denganNya iaitu sentiasa merintih dan memohon pertolongan dariNya.

Ustazah Suraya ku kenal dari rakan serumah. Teorinya mudah. Praktikalnya selari dengan keadaan masa kini. Bisa merentap hati2 yg dahagakan ilmu ALLAH. Kuasa ALLAH mencairkan hati2 ini dengan butir2 ilmu.

“Awal agama ialah mengenal ALLAH. Aqidah. Kita sekarang belum dikatakan beragama lagi kerana kita tidak meletakkan ALLAH sbg tempat bergantung. Dengan ilmu lah, kita dapat mengetahuinya. Maka jangan jemu belajar ilmu ALLAH yang tiada sempadan.”

Anggukanku berkali2 menunjukkan setuju dengan apa yg dikatakannya. Dengan Ilmu ALLAH, kita akan berasa kerdil dan semakin mengenali Pencipta kita. Malah, ia merupakan suntikan semangat untuk terus mencari ilmu ALLAH.

“Jangan ingat kita berilmu, kita mendabik dada. Walau kita berilmu, tapi semakin menunduk. Ada setengah tu dia rasa dia dah pandai, semua org buat bg dia salah belaka”

Ye, betul. Bila berilmu, kita perlu merendah diri. Kerna ilmu yang kita ada di dada merupakan Ilmu ALLAH dan bukannya untuk simpanan sendiri, tapi menyampaikan kepada org lain. Walau sedikit yang disampaikan, tapi dapat diamalkan. Apabila kita berilmu, ia tak bermaksud kita nak jadi pandai, tapi lebih kepada satisfaction dan high achievable in our life. Kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu, agar kehidupan kita dapat dihayati dengan sempurna dan teratur.

Perkenalan dengan Ustazah Suraya di kelas agama Harfiah, berlanjutan hingga diajak ke MINDEF, mengikuti kelasnya lg. (Kali pertama naik atas MINDEF, besar betul.. =) ) Kagum dengan semangat ustazah yang hendak memurnikan penghayatan aqidah di kalangan masyarakat. Moga penat lelahnya dinilai dan diredhai ALLAH. Di kalangan anak muridnya berusia 40an ke atas. Makchik2 ini sanggup datang walaupun keadaannya yg uzur. Semangatnya menuntut ilmu agama membakar diri ini sbg anak muda.

“Anak2 muda perlu menerapkan ilmu agama sebelum melangkah ke dunia perkahwinan. Dunia itu merupakan dunia baru yg perlu ditempuh. Jesteru, kedatangan anak muda ke kelas2 ilmu amatlah digalakkan supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka dan mempunyai visi dan objektif yang jelas dalam mendidik generasi rantaian Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam. Malah mereka juga dapat memahami konsep kekeluargaan dan pahala2 yg mereka dapat kutip sepanjang bergelar isteri atau ibu. Jika orang2 tua, mereka merasakan alangkah ruginya aku kalau aku x ikut sperti ustazah ajarkan skrg. Penyesalan itu x memberikan mereka perubahan yang drastik tapi cukup sbg peringatan untuk dirinya sahaja. Oleh itu, anak2 muda di kalangan perempuan mestilah menunjukkan minat kepada ilmu serta menghayati dan mempraktikkannya agar ia menjadi kebiasaan kepadanya kelak. Di usia mereka juga dapat menarik ramai sahabat2 seusia mereka yang lain untuk menyedarkan yang mana yg buruk dan yang baik dalam kehidupan.”

Galakan ustazah masih terngiang2 di telinga. Ya ALLAH, daku bersyukur padamu kerana menemukan daku dengan orang2 soleh untuk mendekatkan diriku kepadaMU dan mengingatkanku akan kematian dapat mematikan segala kesenangan dan keselesaan yg dikecapi di dunia.

“Ahad ni, jangan lupa kita ada kelas agama.”

Ingatan itu dan azam ini tersemat erat2. Mungkin ini lah hijrahku pada tahun ini. Terima kasih, ALLAH mengenalkan ku kepada sahabat2 yg mengajak aku ke arah kebaikan dan orang2 soleh yg mengajarkanku mengenaliMu dengan lebih dekat.