engañar

Dia datang dari keluarga yang mempunyai ramai adik beradik. Dari kecil, sikap suka bersaing untuk dapatkan yang terbaik sudah ada dalam dirinya. Malah, orang yang melihatnya akan kagum dengan kelakuan dan tingkah lakunya. Sebagai seorang anak, sudah tentu dia menjadi anak kesayangan kepada kedua orang tuanya. Namun begitu, disebabkan sikap dan sifatnya yang inginkan kesempurnaan, dia sanggup menipu hingga menampakkan dia sempurna di mata orang lain. Sikap yang mula ada dalam dirinya ini membuatkan dia sanggup mengikat perut untuk mengumpul duit untuk mencapai apa yang dihajati. Malah, dia sanggup berbuat sesuatu demi mendapatkn habuan duit yang ditawarkan padanya. Menipu kepada ibu bapa mula ditunjukkannya sedikit demi sedikit. Sehinggalah tamat pengajian di sekolah rendah dan menengah, dia sanggup menipu ibu bapa dek hendak dapatkan pujian dan sanjungan serta hadiah lumayan dari ibu bapa akan percapaian terbaiknya dalam SPM. Hakikatnya, dia sanggup menukar keputusan SPM dan berjaya mmembuatkan ibu bapa percaya akan kebolehannya.

tipu3

 

Setelah itu, dengan keputusan palsunya, dia sanggup mencari kolej swasta yang jauh dari ibu bapa agar menunjukkan pada yang lain bahawa dia sudah berjaya berdasarkan pencapaiannya. Dengan berbekalkan tangan kosong dan sehelai sepinggang serta tanpa restu ibu bapa, dia sanggup meneruskan belajarnya hingga mendapatkan pinjaman PTPTN selama beberapa semester. Dia menyewa rumah yang berdekatan dengan kolej. Namun begitu, dia tidak pernah membayar duit sewa dan selalu ponteng utk pergi ke kelas. Dengan berbekalkan duit PTPTN, dia merantau seluruh bandaraya dengan berseronok. Hakikatnya, dengan title pelajar, dia x mampu untuk berseronok. Namun, dia sedar bahwa duit PTPTNnya akan habis jua. Dia mula menjalankan perniagaan LUXOR, dimana memerlukan modal yang banyak. Dia sanggup berhutang dengan orang lain demi memastikan dia dapat kejayaan dan kekayaan yang singkat seperti pengusaha yang lain. Dek kerana risaukan anak, bapanya pergi melihat keadaan dia belajar di kolej. Alangkah sedihnya, pengajian kolejnya tertangguh dengan sewa rumah yang tidak bayar beberapa bulan dan berhutang dengan rakan2 sepengajian. Akibatnya, si bapa terpaksa mendahulukan duitnya untuk melangsaikan segala hutang anaknya pada orang lain. Namun, dia masih tidak sedar dengan apa yang telah terjadi padanya. Dia tidak pernah mengeluarkan suatu sen pon untuk membayar balik hutangnya pada orang lain. Apa yang dia dapat adalah hasil usaha nya sendiri. Baginya, ketika dia susah, tiada siapa yang datang menolong. Akibatnya, namanya telah diblacklist oleh Bank Negara untuk meminta loan untuk kereta dan rumah. Namanya juga diblacklist oleh Celcom provider kerana tidak pernah bayar intenet broadband yang dilanggannya. Ketika inilah, dia menukar alamat IC nya di bandar ternama supaya orang mengenalinya mewah dari kecil bukannya lahir dari daerah yang terpencil.

tipu2

Dengan kepuasan kaya dgn usaha sendiri dan kejayaan yang hanya sementara digunakan sebagai satu loncatan untuk dia lebih semangat menipu orang ramai dengan memasuki skim cepat kaya. Skim ini memerlukan dia advertise iklan dalam facebook atau web untuk dapat dapatkan duit sepanjang masa tanpa bekerja. Namun begitu, skim ini tidak penah menjadikan dia kaya. Malah telah menipu ramai orang lagi. Dia masih tidak berasa puas dengan apa yang dia peroleh. Akhirnya, dia memulakan langkah dengan menjadi promoter kerana dia menggunakan kelebihan rupa dan ayat manisnya untuk memancing orang membeli produknya. Tidak cukup dengan itu, dia mula memohon kerja di bank sebagai promoter untuk loan dan card credit. Dari sini, dia berjinak2, untuk menggunakan loan orang ramai untuk menjadikannya kaya dengan lebih cepat. Berapa ramai loan orang ramai yang ditipu malah card credit yang telah diswipe tanpa pengetahuan owner. Dari usaha ini, dia berjaya membeli kereta mewah malah menggunakan seorang Dato’ untuk mengaut lebih kekayaan dari sebelumnya. Dia mula menawarkan diri untuk bekerja dengan Dato’ sbg seorang driver dan business partner. Dari sini, dia telah membina networking dengan orang yang mempunyai pengaruh dan lebih kaya. Dengan berbekalkan ayat manisnya, Dato’ terlibat telah termakan janji manisnya dan tertipu dengan usahasama pembukaan ofis di sebuah daerah ternama. Selain itu, dengan menggunakan kereta mewah yang disewa,  dia cuba menjual kereta tersebut dengan harga yang lebih mahal dari biasa. Disebabkan kekayaannya yang luar biasa, ramai gadis terpikat dengan gayanya. Sudah berapa ramai gadis yang menyerahkan segalanya padanya hanya untuk membuktikan cinta mereka dan mengharapkan cinta mereka berbalas. Namun, itu hanyalah modus operandinya sahaja, menggunakan gadis2 ini, untuk meminjam dan menggunakan nama mereka untuk membuat loan kereta dan dia akan menggunakan kereta tersebut. Gadis2 tersebut sanggup memberikan duit kepadanya sebagai pinjaman dan tidak mengharapkan dia untuk merbayar hutang dalam kadar segera.  Janji untuk berkahwin bersama selalu diungkapkan agar si gadis merasa terpaut dengan sifat tanggungjawabnya. Akhirnya, ayat2 manisnya berjaya mengumpan ramai gadis2 yang bekerja di luar sana yang mempunya kereta dan kad kredit untuk memberinya duit pinjaman untuk dia meneruskan kehidupan yang menipu itu.

tipu1

 

Pergaulan bebasnya mengakibatkan terlalu ramai gadis telah membuatnya berani pergi ke kelab malam. Akhirnya, berkawan dengan gadis yang berpengaruh dan rakan yang kaya cepat. Dia sentiasa mengikuti bengkel kaya cepat kerana baginya hidup akan mudah dan puas dengan kaya cepat. Sikapnya yang menipu memudahkan lagi dia meminjam duit orang untuk menampakkannya seorang yang berada or kaya di mata orang ramai. Hasilnya, dia membeli rumah yang harganya beratus ribu, tinggal di condo mewah beserta swimming pool and guard, mempunyai akaun yang beribu ringgit malaysia, membeli kereta  2, 3 biji. Siapa sangka, dia yang tiada pelajaran sijil or diploma or degree or master or phd boleh mencapai tahap kesenangan yang melampau tanpa perlu bekerja keras setiap hari. Dia menggunakan masa lapangnya dengan menyertai group kereta mewah. Saban hari pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Perkenalan dengan beberapa owner kereta mewah membuatkan dia berasa bangga dan cuba menipu mereka dengan meminjam duit lagi. Akibatnya, hidupnya penuh dengan hutang. Setelah berapa ramai mangsa berkumpul untuk cuba menghalangnya, mereka cuba memukulnya dan menghantarnya ke penjara. Perkara ini telah mengejutkan ibu bapanya. Setelah 3 bulan berlalu, dia dengan bangganya mengatakan dia tidak bersalah dan kerana orang dendam dengannya serta tidak dapat menerima sifat bohongnya telah menghumbankannya ke pintu penjara. Sikapnya yang suka meletakkan kesalahan pada bahu orang lain dan bukannya melihat diri sendiri yang salah dan perlu diperbetulkan. Akibatnya, persepsi semua orang buat padanya adalah salah dan menzalimi dirinya telah dibina dalam pendiriannya. Dia x pernah bersalah, tapi orang lain yang bersalah.

tipu

Bermula dengan title banduan, dia mencuba nasib dengan pemungut sampah di salah sebuah universiti di negara jiran, dia kembali ke tempat asalnya sebagai promoter untuk mengajak pelajar menyambungkan pelajaran mereka kolej. Baginya, gaji hasil titik peluhnya di negara jiran, tidak memadai dan tidak mencukupi kerana dia x pernah merasa susah dan merasa duit yang sedikit. Dengan berbekalkan komisen yang dapat hasil dari promoter, masih membuatkannya rasa serba salah dan tidak memadai meneruskan pekerjaannya. Begitulah sifatnya, dia tidak merasa puas dengan apa yang dia ada. Baginya, dia pernah rasa hidup senang dan mewah, tentu ada cara cepat untuk kaya dengan lebih cepat. Selama dia keluar dari penjara, dia mula memulakan modus operandinya mencari gadis yang bekerjaya dan berpengaruh serta mempunyai rekod pinjaman yang bersih dengan Bank Negara. Akhirnya, seorang yang bekerja di Petronas telah membuatkannya rasa tidak sabar untuk mengikat perkahwinan dengan gadis itu. Dengan membuat alasan investment, dia telah meminjam kad bank serta pin number bank kepunyaan gadis tersebut dengan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi menampung hidupnya yang mewah kerana selalu ke luar negara. Malah, dia juga menggunakan modeus operandi meminjam duit bakal tunangnya, bakal abang iparnya, bakal adik iparnya atas alasan untuk membantu majlis  pertunangannya. Hakikatnya, kebenaran pasti terbongkar. Penipuan tanpa pembayaran balik boleh membuatkan mangsa pinjaman merasa dendam yang amat sangat kepadanya hingga masing2 meluahkan perasaan dengan mengupload gambar salah lakunya yang meminjam duit orang tanpa bayaran balik, menggunakan loan orang yang dibuat di bank, menswipekan kad kredit orang sehingga maksimum penggunaannya telah membuatkannya rasa puas dengan apa yang ada. Sikapnya yang mahu hidup mewah dengan menipu orang dengan berbekalkan kelakuan, ayat manisnya serta tingkah lakunya telah melibatkan ramai mangsa yang ada diantara mereka adalah ahli keluarga sendiri. Selagi hidupnya belum puas dengan duit yang berada  di hadapan mata, kereta mewah yang ada, condo mewah yang didiami, beli hartanah secara cash, membeli rumah banglo secara cash telah membuatkan dia lupa diri dengan dunia kesenangannya.

tipu6

 

Dia lupa ada yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang dia lakukankan kepada orang yang dizalimi  kerana tidak dapat duit pinjaman mereka. ALLAH Maha Adil dan Maha Cepat Pembalasannya. Segala kesudahan kisah dia adalah milikNya dan ketentuanNya. Namun, pengajaran yang boleh diambil adalah semua yang ada di atas dunia ini adalah ‘mata ‘ul ghurur’ – sesuatu yang menipu dayakan dengana kadar sementara. Duit bukanlah segala2nya. Walaupun duit diperlukan untuk segalanya, namun bukanlah ia dijadikan sbg tujuan hidup ini. Kesenangan yang kita capai hari ni, biarlah semuanya dalam redha ALLAH dan redha manusia tanpa menzalimi hak orang lain. Kita berhak bahagia namun bukan dengan cara menipu untuk mendapatkan bahagia.

Bahagia itu ada dalam diri, kesannya zahir rupa maknawi, terpendam di dasar hati..

Menipu adalah langkah pertama kita menzalimi orang lain. Berbohong adalah amalan yang buruk yang membuatkan orang kurang percaya akan diri. Biarlah hidup sederhana namun jujur dalam perkataan, perlakuan dan perbuatan. Mencari kepuasan di dunia tidak akan habis dan mencari kepuasan dengan cara yang salah boleh membuatkan kita hanyut dengan kelalaian.

P/S:- Bercerita dengan mengambil pengajaran yang perlu diambil. Mood selepas segalanya terjadi..~

triste y feliz

Hari ini aku bertungkus lumus menyiapkan bahan untuk prepare to discuss with main supervisor and co supervisor.. Main supervisor dah jumpa hr isnin lepas.. Kali ni, hanya bagi progress for improvement.. Lebih risau nk jumpa dengan co supervisor yang agak garang skit.. Bagiku dia agak tegas dan concern dengan terms yang bakal aku gunakan dalam reserach ku.. Think positif..

Lewat petang, printer ku ada masalah. Terpaksa lambat jumpa dengan co-supervisor sbb print di luar.. Last minute..

Aku terpaku bila berjumpa dengannya.. Rasa macam jumpa singa yg menerkam bila2 masa.. Bila aku ceritakan model researchku, terus dia cakap, “Ini mcm degree punya. Tengok student master saya buat.. ” Dia menunjukkan thesis master studentnya, sambil berkata, “Ini , baru master dah macam ni, modelnya, awak dah lah sem 5, tapi yang ni je yang awak produce..” Kata2nya bagaikan halilintar.. Dah berminggu2 tak jumpa, dan dah tunjuk progress model pada main supervisor, tapi kali ni masih kena juga dengan dia..

sedih atau gembira

“Kalau macam ni la, saya x tau nk cakap apa.. awak proceed je lah apa yang awak nk buat..” Terasa bergenang air mata.. Teruk sangatkah aku.. Dia x coaching pon, tapi banyak menjatuhkan semangat.. Klu ye pon, salah, bgtau lah ni perlu ada improvement.

“Awak, dah lah x de publication. Model plak mcm tahap degree”

Selepas menyerahkan progress utk disemak, aku pon ucapkan terima kasih tanpa menoleh ke belakang. Terasa sembilu menyucuk di jantung.. Sebak..

Selepas mengelap air mata di tandas, aku meluru ke bilik main supervisor.. Hatiku masih pedih dek penangan kata2 tadi. Bukan kali ni je ayat2 tu dihamburkan, dah beberapa kali.. Tapi kali ni, ayatnya amat pedas.. Atau mungkin aku yang beremosi..

Masih ada student di dalam biliknya.. Aku menarik lafaz lega.. Ada hikmahnya.. Klu x, aku akan berjumpa dengan main sv dengan mata yg masih merah menyala.. Sambil menunggu, aku memohon ALLAH berikanku kekuatan dari ayat2Nya.. Sungguh aku lemah.. Mahu sahaja aku melepaskan beban emosiku pada social network.. Namun aku punya Pencipta yang lebih berhak untuk diadukan segalanya..

Tiba giliranku utk berjumpa dengan main sv. Setelah memberikan progress padanya, akau menunggu komentar dari progress yg aku hantar pada hari isnin untuk disemak olehnya.

“WELL DONE!” Satu perkataan yang cuba membuatkanku terjaga dari dunia kesedihan.

“Ni kerja awak ke? Macam tak percaya.. Xde salah pon” Aku macam x percaya dengan main sv cakap.. Tak pernah lagi dengar ayat2 motivasi mcm tu keluar dari mulut dia.

be strong with many choices

Apa2 pon, aku bersyukur, di sebalik kesedihan ada jugak sinar kegembiraan.. Walaupun sedikit, tetap bersyukur, kerna aku yakin, Allah akan tambah lagi nikmat pada hambaNya yang bersyukur.. ALHAMDULILLAH..

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam

Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang, Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMU, Ya LLAH, kami menyembahMU, Ya ALLAH,

Hanya kepadaMU, kami mohon pertolongan,

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

iaitu jalan orang2 yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat – Erti Al-Fatihah, Voice of Ummi (Lagu kesukaaan Amri )

 

Now, working harder.. Tq ALLAH.. Tq hubby.. Tq, amri.. Tq, Dr. OT..

Lets start and prove it!!