aku, dia dan thesis..

Sambil membelek2 dokumen lama, hati cuba mencari kekuatan untuk memulakan kembali penulisan thesis. Rasa berat sekali memulakan kembali setelah lama meninggalkannya. Tapi digagahi jua.

Setelah membuka folder Thesis, sambil mencari semangat baru, cuba meniliti isi kandungan dan mengumpul sedaya upaya tenaga mencari pembaharuan. Tapi setelah beberapa minit berhadapan dengan beberapa dokumen .doc dan .pdf, perasaan buntu menguasai diri. Timbul pula persoalan, perlu mula dimana? A or Z? B or X? Terdiam dan terkaku..

 

Setelah beberapa bulan sibuk menyiapkan diri dengan fasa baru, alasan lupa dan malas mula menguasai diri. Hampir 80% sudah hilang di fikiran. Bekerja, Menikmati alam baru membuatkan hati mula sudah goyah untuk meneruskan perjuangan di alam pembelajaran.

Kata2 lecturer menggugat fikiran dan hati ketika ini..

“Salam,

I am expecting your final draft thesis!”
It is my duty to remind both of you that I have not yet receive any progress report since your presentation last semester.
This is TOTALLY UNACCEPTABLE and I hope you understand the consequences from this BAD way of managing master project.”
Suatu peringatan yang agak menakutkan bagi seorang student spt sy.. T_T
Memandangkan janji pada lecturer dan yg tersayang sudah terpatri, kugagahi jua berusaha mencari kekuatan dan membelek dokumen2 lama untuk mendapatkan idea dan meneruskan penulisan.
Namun, hampa. Sayu hati lalu mencari kekasih hati yang abadi, meluahkan rasa di hati, agar diberi pertolongan berupa petunjuk dan ilham pada diri yang serba serbi kekurangan.. Ya ALLAH, hanya padaMu, aku berserah segalanya.
Keesokan harinya,
“Akak, sy dah sehabis baik cuba meneruskan usaha menulis kembali. Tapi, sy rasa tak mampu. Sudah hilang segalanya. Susah mencari kembali apa yang sudah tertinggal di perjalanan hidup” luah isi hatiku pada seorang sahabat.
“Dik, masih ingatkah dikau, perjalanan kehidupan memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit malah mengorbankan harta, masa dan nyawa. Adakah sudah hilang semangatmu untuk berjuang di medan ilmu? Ingat akan pesanan Prof, bahawa kamu akan berjaya dan menjadi orang yang hebat dari kawan2mu yang lain tapi perlu melalui dahulu liku2 kesusahan, alami kesulitan mencari ilmu. Binalah kekuatan. Sesungguhnya, semangatmu ada, namun tercicir dek kerana melalui fasa2 kehidupan. Jangan jadikan semangatmu menuntut ilmu hanya sekadar perhiasan sahaja. Buktikan dengan usaha jitumu. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa menghayati kesusahan yang terpaksa ditempa. Teruskan usahamu tanpa menoleh ke belakang.”
Ya ALLAH, jika ini ujian buatku, redhailah aku untuk menerimanya agar aku tabah menghadapi segala kesusahan yang bakal ku hadapi, kerna ku tahu, ENGKAU tidak akan meninggalkanku keseorangan.
p/s: mood membina kekuatan

aishiteru

Tiada kata2 yg blh gambarkan rasa hati ketika ini. Mungkin sebagai ujian perhubungan.  Dapat menghargai seseorang bila tiada di sisi.. =)

Pertama kali merasai sesuatu yg hilang dalam diri. Dulu, perkataan cinta n sayang, selalu menjadi tanda tnya. Kerna ianya banyak ditujukan kepada manusia tanpa berlandaskan cinta Tuhan sebagai tunjang.

Kali ini, dapat merasai sendiri, tidur x lena, makan x kenyang, fikiran asyik melayang (pengalaman: tersalah bagi direction pada pemandu teksi) Adakah sesuatu sedang berlaku dalam diri?

Pada permulaan ice breaking, perasaan ketidakpercayaan bahawa sudah menjadi isteri menebal dalam diri. Malu2 masih ada but in control. 2 minggu dalam orientasi perkenalan membuka hati dan minda mengenali dirinya. Terlalu istimewa untuk mengatakan bahawa bercinta di alam perkahwinan bagaikan di awangan. Semuanya sudah halal. Malah, lebih care and share. Tidak perlu merasai zina hati atau berjaga2 dengan perkara2 yang akan menjerumuskan kita ke kancah berdosa.

Bila sudah berkahwin, banyak perkara yang ingin diceritakan untuk perkongsian bersama. Malah, ketika ini, mengenali hati budi adalah nikmat yang sukar diungkapkan dengan si dia yang halal untuk dicintai.


http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/2011/10/cinta-sebelum-dan-selepas-berkahwin.html

 

 

Masih terlalu awal untuk menyatakan rasa madunya perkahwinan. Konklusinya, percintaan slps perkahwinan, penuh keberkatan kerna menjaga hati dari lalai berhubungan denganNya. Syurga dunia. =)

Dan kini, merasai nikmat mabuk rindu kurniaanNya. Baru rasa yang diri ini sudah jatuh cinta dengan jejaka yang dipilihNya. (Sebelum ni, selalu bertanya, ada apa dengan cinta) Tak pernah rasa perasaan rindu menebal sebelum ini. Jika dikatakan rindu sahabat baik lagi indah, rindu pada kekasih halal lagi memabukkan. Asyik tersenyum dan berkhayal seorang diri. Syukurlah rinduku di saat ini, sudah menjadi rindu yang dihalalkanNya, rindukan suami keranaNya. Jika tidak, sudah pasti ditelenggami kelalaian dan kebinasaan. Sesungguhnya menjaga hati adalah lebih susah apabila sudah terkena panahan syaitan. Maka benarlah ayat2 cintaNya dalam Surah Rum, Ayat 21.

Sakinah yg dikejari dalam keluarga yang mawaddah adalah dengan menjadikan ALLAH sebagai asas dalam perkahwinan. Kasih sayang yang dimiliki Al-Wadud, sentiasa berlimpah ruah. Malah kasih sayang yang dinikmati kita sbg hamba kepada pencipta adalah kasih sayang yang dialirkanNya. Keluarga, adik beradik, anak dan suami adalah pinjamanNya kepada kita. Hargailah pinjaman di dunia sementara yang diberikanNya.. =)

Keberkatan yang dijaga sebelum perkahwinan adalah dianjurkan bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Insya ALLAH.. Berkatnya perhubungan jika batasan syariat dijaga bersama2 lalu membuahkan cinta yang x pernah luntur dan jemu dalam rumah tangga.

Allahumma allif baina qulubina, Wa aslih za ta bainina..
Ya ALLAH, eratkanlah ikatan hati & kasih kami, Ya ALLAH, perelokkanlah dalam hubungan kasih sayang kami..

P/S: Selamat Hari Lahir.. (pertama kali sambut)  =)