Yo, madre, estudiante y …

Tika anakku berumur 1 tahun 2 bulan, diriku dikejutkan dengan simptom tiada susu badan.. Selalunya, apabila memerah susu, susu akan keluar walaupun x sampai 3 ounce. Namun kali ini, amat memeranjatkanku, hanya beberapa titis susu sahaja yang keluar.. Kitaran haid tidak menentu kerna masih menyusu. Rungsing dibuatnya kerna kasihankan anakku yang masih memerlukan susu ibunya. Sehinggalah bertemu dengan Doktor di pusat kesihatan universitiku. Dia memberitahu, kemungkinan aku membawa barang berat dan x cukup rehat. Namun, jawapan dari Dr membuatkanku lagi runsing lantas mencadangkan untuk menjalani ujian UPT. Alhamdulillah positif.

Keadaan waktu itu amatlah sibuk kerana zauj ku terpaksa berpindah ke bandar metropolitan. Urusan perpindahan amatlah memenatkan. Walaupun bukannya diriku mengangkat barang, almari dan sebagainya, namun tetap merasai penatnya rasa berpindah randah. Oleh kerana tiada ilmu untuk mendapat anak yang kedua, anakku yang sulung tetap kukendong kehulu dan kehilir.

Masih segar di ingatan tika ingin bersolah tarawikh di sebuah masjid terkemuka dengan keindahan seni reka bentuknya. Terjatuh ketika mendukung anakku. ALLAH.. Semuanya berlalu dengan pantas sekali. Pernah terjatuh di tandas universiti.. Hati berkata, ALLAH sedang mengajarku sesuatu..

Allah-The-Best-Planner

Keguguran. Itulah perkataan yang menakutkan. Tidak mahu mengulangi perkataan yang sama kali ini. Sakitnya bukan kepalang. Hanya yang melaluinya, dapat merasai kesakitannya lebih sakit dari melahirkan zuriat. Masih lagi teringat segumpulan darah yang keluar tika sakit yang amat sangat selepas bangun tidur. Darah di mana2.. Tika Dr menggunakan tangan yang disalut dengan plastik untuk mengorek cebisan darah yang masih tertinggal di dalam rahim, masih merasa sakit yang amat sangat.. Dibius untuk menjalani operation kecil untuk mengeluarkan cebisan darah yang tertinggal di dalam rahim. 2 hari berada di hospital cukup meninggalkan memori yang buruk dalam diri ini. Air mata yang keluar di malam raya amatlah menyedihkan mengenangkan suamiku yang berkorban dan anakku yang terpaksa ditinggalkan di rumah saudaraku. Tidak ku sangka jadi begini. Hati memujuk, pasti ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untukku.

Setelah 3 bulan pantang, ku teruskan kehidupan yang berbaki. Namun, usikan manja dari rakan mengenai bila mahu menimang anak kedua mula menjadi igauan. Rezeki itu milik Tuhan. Tiada siapa yang mampu mengubahnya. Anakku pula menunjukkan tindak balas positif bila melihat bayi. Dapat kurasakan anakku menyukai baby. Gembira. Zaujku pula sentiasa mengharapkan yang terbaik buatku. Sentiasa memberikan kata2 peransang dan positif.

UPT

Satu2nya adik perempuanku menunjukkan keputusan ujian upt yang dibuatnya. Syukur. Setelah setahun lebih berkahwin, dia amat mengharapkan cahaya mata. Alhamdulillah. ALLAH Maha Kaya. Tiba2, Calendar kitaran haidku renung tajam2. Mengira hari2 yang masih belum didatangi haid. Adakah ada berita gembira? Susu badan makin sedikit. Malah, hanya beberapa titis susu sahaja yang keluar. Adakah ada tanda..? Tanpa berlengah lagi, ujian upt ku beli tanpa pengetahuan zaujku. Saja test. Sebelum itu, dah pernah test di awal bulan tapi keputusan menunjukkan negatif. Kali ni, cuba juga test kerna sudah merasai x sedap badan dan mula rasa pening2. Menjalankan ujian upt di asrama. Terkejut. Positif.

Alhamdulillah.. Cumanya kena kuat hadapi semua ini sebagai ibu dan pelajar. Pastinya perlu kekuatan dalaman yang perlu dibina dan bukannya dicari. Hati mengusap, Segala pujian bagi ALLAH yang menjadikan dan menghidupkan. Be stronger..

Advertisements