mi abuela

Zaleha Sulaiman, nama diberi.. mcm nama adik bradik plak.. =)

Merupakan moyang yg plg disayangi. Garang dalam Gelak ketawa. Sekejap je bertukar.. huhu.. Adik bradik semua takut nk manja2.

Tapi dgn cicit dia yg sorg ni, x jadik lah marahnyer.. hehe..

Dulu, nenek (panggilan moyang) tinggal bersama kami semua.. Semasa sy masih di alam persekolahan lg, nenek sentiasa menghiburkan kami dgn telatahnya. Satu yg respect dgn nenek adalah, dia dh berumur 80 lebih, tapi masih nampak, mendengar, blh berfikir scr waras. subhanALLAH..

Salah satu amalannya ialah solat dhuha yg x penah tinggal, sentiasa membaca al-quran, mulutnya sentiasa basah dgn surah2 yg dihafalnya, dan mengingati nama juzuk2 al-quran. Beliau sentiasa mengingatkan kami adik bradik agar sentiasa istiqamah dgn bacaan al-quran dan tv x digalakkan ditonton pada malam jumaat.

Rumah nenek terletak di kampung di tgh2 bandar X. (tp, x lah kampung sgt sbb dikelilingi dgn pembangunan) Pernah suatu ketika, sy meminta izin dari ibu bapa untuk tinggal dgn nenek di rumahnya. Rumah tersebut terletak di hadapan jalan dan rimbunan semak2 yg panjang. Sy sempat bermalam 3 hari di rumah nenek dan selebihnya, mak ambik sy pulang. hee.. atas faktor2 keselamatan dan sy masih anak dara ketika itu.. =)

Di rumah nenek, sy habiskan masa dgn berbual, tidur, masak dgnnya. Wonderful life betul masa tu.. 😀 Sebelah rumah nenek, ada sorang nenek tua juga. Sempatlah sy berbual di depan rumah nenek. Seingat sy, dengan rela hati sy mengajar bahasa inggeris secara percuma kepada mereka.. kui7.. Diorg pon nk belajar.. Simple english. ngee..~ So, bila berada di sana, happy sbb kawan dgn org2 tua smbil mengajar.. hihi..

Di rumah, ada 2 kumpulan utama. Sy kumpulan nenek. Manakala, mak dan maktok merupakan kumpulan kedua. hehe.. Kalau ada pape yg salah faham, cepat2 sy backing nenek atau nenek backing sy. Sampai terkeluar statement “Nenek manja sgt dgn cicit tu, nanti x tau lah nk jd apa..” Ketika itu, adik perempuan sy belum mengerti lg. Hanya sy, nenek, mak dan maktok je sentiasa berbual bersama. Indah betul waktu tu.. Sy ada 3 org yg menyayangi sy sepenuh hati.. Masih segar lg semuanya di ingatan..~

Apabila ada pasar malam, mak akan membelikan makanan kegemaran nenek dan maktok. Nenek suka sangat makan ketupat dengan serunding tanpa mengira hari raya ke x.  hoho.. Dan nenek juga pandai buat ketupat pulut. Sy smpai skrg x pandai2 lg anyam ketupat. huhu.. asyik dok tengok ja, nenek buat.. =) Setiap kali menjelangnya hari raya, nenek akan buat beribu2 ketupat. Kuat betul, wlupun buat sorang.. 😀

“Nenek, bila sy dh besar nnt, nenek, maktok, mak blh tinggal di rumah sy plak.” ujar sy (excited)

“Nenek nk tgk cicit nenek ni kahwin dgn org yg baik2 dan soleh. Tapi, sempat x lg, nenek tgk semua tu.”

Namun, semuanya itu hanya sementara. Kegembiraan bersama hanya sempat dikongsi walau seketika. Dalam kesedihan x dapat berjumpa dgn org sy disayangi, doa x putus2 dikirimkan agar suatu hari nnt dapat juga berjumpa.

Alhamdulillah, ALLAH kabulkan permintaanku. Sempat mendengar suara sayu nenek cukup membuatkan air mata ini jatuh berderaian. Sekarang x seperti dulu. Hanya suara menyatakan rindu dan merisik khabar nenek dr jauh. Ketika itu, nenek x putus2 memberitahu, dia teringat pada arwah ibu. 😦 Sy faham perasaan nenek yg membesarkan ibu dr kecil hinggalah ibu sy melahirkan cicitnya.

Saban hari, adik2 memberitahu sy, nenek terlalu rindu kan sy. Sentiasa menyebut2 nama sy, membuatkan sy hiba seketika. Cuba mencari peluang dan ruang agar rindu itu x menjadi satu kenangan.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan lg urusan utk bertemu dgn nenek kesayangan apabila adik membawa kami adik beradik berjumpa nenek di rumah maktok. Sayu ketika itu, hanya ALLAH yg tahu. Nenek menangis teresak2 melihat kami dan keadaan kami x seperti dulu. Rindu yg lama kembali bertaut wlu perjumpaan pada hari tu hanya sekelip mata. Ya, inilah yg perlu sy hadapi. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kami.

Sy sempat berjumpa 2 kali dgn nenek sebelum nenek menghembuskan nafasnya yg terakhir. Sy x dpt berjumpa nenek utk kali yg terakhir dia menghembuskan nafas. “Kalau nenek dah x ada, sedekahkanlah 3 Qul pada nenek. Itu je yg nenek minta” Kenyataan ini selalu sy nafikan agar nenek x ingatkan sy ttg mati. Namun, Setiap yg hidup pasti akan mati.

Air mata tanda ingatan pada yg pergi.. Terkenangkan kenangan2 yg terpatri.. Biarlah ku usung rindu ini.. Buat yg Maha Mengasihi, Ya iLahi..

Biarlah mereka bersemadi..  Dengan tenang dan x kan kembali si sisi.. Ku kirim doa tanda kamu sentiasa di hati.. Moga kamu sentiasa di dalam rahmat dan redha Yang Maha Mengetahui..

p/s: Tetiba teringat nenek. Moga arwah ibu dan nenek di tempatkan dikalangan orang2 yg soleh. Moga maktok diberi kesihatan yg baik. Rindunya saat kita bersama.. 😦

Advertisements

motivated

Suatu hari, di keheningan tengahhari.. =).

“Awak tau tak, suatu hari nanti awak akan jadi seorang yang hebat”

“Hebat? Kenapa cakap begitu? Tak faham.. ”

“Sebab awak diuji dengan ujian yg berat. Kalau saya di tempat awak pun, belum mampu nak hadapi macam awak. Hanya orang yang hebat je, ALLAH akan uji sebab nak menguji kekuatan iman dia dan bagaimana dia hadapi. Percayalah cakap saya, suatu hari nanti awak akan jadi orang hebat dari sekarang”

Tergaru2 “ana” memikir kenapa dia berkata begitu. Ayatnya amat mudah difahami, tapi memerlukan masa untuk menghayati setiap baris katanya. Syukur, alhamdulillah. Kata2nya membuatkan “ana” menganggap sbg salah satu cara memotivasikan diri ketika “ana” sedang diuji dan memerlukan kekuatan dalaman atau motivasi diri.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Kawan2 sepengajian “ana” amatlah istimewa. Ini kerana, “ana” perlu menjaga identiti “ana” sbg seorang muslimah, dgn menjaga hati, kelakuan, percakapan, pakaian dan sebagainya. Bukannya, dgn mereka shj perlu menjaga dan berhati2, tapi disebabkan dgn mereka, “ana” sentiasa bertemu dan sentiasa bersama di dalam kelas, ia membuatkan “ana” lebih menitik beratkan aspek2 penjagaan hati dan aurat khususnya. Kerana “ana” yakin ALLAH sentiasa Melihat hambaNya.

Sesungguhnya, diuji bersama org2 yg berlainan jantina amatlah menguji keimanan “ana”. “ana” sudah biasa dengan keadaan “selamat” seperti dikelilingi orang2 yg baik dan sahabiah2 yg fikrahnya sama serta persekitaran yg amat mendidik jiwa. Namun, bagi “ana”, ujian ini adalah sbg persdiaan utk “ana” menghadapi alam pekerjaan yg amat mencabar.

“Ini baru sedikit ALLAH uji. Biar diuji begini, agar x terkejut dengan persekitaran kerja suatu hari nnt” monolog “ana” sendirian, mencari positif ways dr apa yg telah berlaku.

“Awak ni cakap, kata x mampu, tgk2 awak yg mendahului org lain. Awak ni cakap je macam tu tapi sebenarnya awak boleh. Kami sendiri pon x percaya kata awak x boleh buat.”

“Eh, betul lah. Saya rasa macam x dapat nak buat dalam seminggu dua ni. Macam nak ada sifat tertekan je.”

“Yelah tu. Sy x percaya lah. Awak kata x dapat buat, tapi result gempak. Awak nak tau kenapa?”

“A’ah, kenapa?”

“Sebab Tuhan sentiasa bersama dengan awak. Apa yg awak minta, semua dimakbulkan.”

“ALLAH sentiasa bersama hambaNya.” sambil tersenyum. =)

Ya ALLAH, kadang2 kita x bersyukur dengan apa yg kita ada. Malah, kita sering mengatakan ALLAH x mendengar luahan kita. Kita x yakin, ALLAH sentiasa memberikan kekuatan pada kita tanpa kita sedar. Percaya dan yakin merupakan kekuatan dalam yg perlu dibina bukannya dicari. Jadilah seorang mukmin yang bermotivasi agar kita sentiasa berbaik sangka pada ALLAH. (nasihat utk diri sendiri)