Rindu 30 August

“Ada lagi gambar kat bawah  meja tu” ujarnya adik kecil setelah melihat daku membelek2 gambar lama.

Album gambar ku tatap satu2. Sayu melihat gambar2 lama. Tambahan pula, gambr2 kemesraan kami ketika kecil. Gambar yang menyingkap seribu satu memori.

Tertarik dengan gambar2 yang sudah pergi meninggal dunia yang fana ini. Sungguh, walaupun sudah 8 tahun pemergiannya, tapi masih mengingati detik2 indah bersama..

Ketika adik sedang drive untuk pulang ke kampung halaman, imbasan kenangan lalu menjadi topik hangat ketika bersama. Sebagai ubat menghilangkan mengantuk. =) Setiap detik dirakam dan diceritakan semula..

Kini, 8 tahun pemergiannya disambut pula dengan pemergian Ramadhan 2011 yang akan berakhir beberapa jam dari sekarang. Hati menangisi pemergian yang cukup bermakna. Benarlah kata orang, Apabila sudah kehilangan, barulah mula menghargai.

Ramadhan, adakah kau akan datang lagi? adakah sempat untuk ku merakam gambar2 ciptaan Ilahi, menghayati hembusan udaramu, memenuhi waktu sebulan bersamamu?

Moga mak ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. X sabar menunggu awal pagi raya..~

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan (Ke Makam Bonda, UNIC)

Advertisements