Aib insan

Dalam Riyadhus Shalihin disebutkan, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda “Seorang hamba yang menutupi aib orang lain di dunia, kelak Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.” (HR.Muslim) 

– Source : (http://www.tarqiyah.com/2013/02/menjaga-aib-sesama-muslim.html)

Kita sbg manusia yg diberi akal dan fikiran yang waras kurniaanNya perlu sentiasa memuhasabah diri agar diri sentiasa dimotivasi. Hidup ini hanya sekali. Bila kita mula membuka aib orang, orang lain akan membuka aib kita.

Segala peristiwa yang berlaku terhadap kita adalah ujian dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menidakkan taqdir iLahi. Sabar kita dalam menjaga aib saudara amatlah dituntut malah ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang besar. 

motivasi

Bila kita lihat orang lain perangainya buruk dari kita, malah membuka pula aibnya, kemungkinan ada something wrong pada diri sendiri. Jangan pula kita mendesak orang lain menceritakan aib orang. Aib kita pon belum dijaga sepenuhnya, hendak tahu pula aib orang lain. 

Bak kata Prof Muhaya, “Cuba audit berapa kali kita ingat mati dan akhirat. Teliti aib diri.”

Mari kita bersihkan hati dan berusaha untuk koreksi diri setiap saat..~