fallecimiento

Hari ini tetiba teringat akan saudara2ku yang sudah meninggal dunia. Fezza, abah, mak, anak Dr. Naz’ri.. Semuanya pergi meninggalkan dunia yg fana.

Fezza, walaupun kita baru bersembang sekejap ketika majlis nikah ita, but that is the memorable moment that i have with you. Awak kawen dengan sepupu saya yg rapat masa saya kecil. Umur awak pon sebaya dengan saya. Peninggalan awak adalah satu kejutan buat abg faizal. X pernah nk tanya dia, tapi cerita awak saya banyak tahu dari orang lain, mak induk, mak itam, ita, makngah. Sebenarnya awak pergi dengan memberi mesej pada sy, kematian itu x mengenal usia. Ketika itu, umur kita baru 26. Sekarang umur saya dh 30. Sungguh, kematian bukan untuk orang yg tua dan sakit sahaja. Moga saya meningkatkan amalan dan ketaqwaan kepadaNya.

mati1

Abah, walaupun, masa yg dipinjamkan untuk bersama abah amat sekejap, tapi waktu bersama abah akan saya ingati selamanya. Ada suatu waktu, abah teringin nak tengok bakal mennatu yg luar dari negeri abah, saya bersama rakan dan adik sanggup ke rumah abah. Boleh plak abah buat lawak, tnya yang mana satu bakal menantu. Hehe.. Tahun yg sama juga, saya berjumpa lagi dengan abah sebagai tunang si dia selepas abah memberikan persetujuan untuk menerima saya sebagai bakal menantu abah. X sampai sebulan, abah datang lg dengan rombongan untuk akad nikah anaknya. Sejak dari itu, rasmilah saya sebagai menantu abah dari luar negeri abah. Saya sempat bersama abah setahun setengah sahaja. Tapi, rasa sedih akan kehilangan abah masih terasa sehingga kini. Ketika itu, saya memohon pada Tuhan, agar abah dapat bertemu dengan cucunya. Namun x sempat, apabila abah pergi dahulu sebulan lebih awal dari jangkaan cucunya yg akan lahir ke dunia. ALLAH sahaja yg tahu, sedihnya hati ni. Walau jadi menantu sekejap, kenangan buah salak, kenangan makan pagi, kenangan abah hantar dan ambik dari UPWKK, kenangan abah tunjuk semua gambar anak abah pasti sentiasa terukir indah di ingatan.

Mak, waktu bersamamu hanyalah 17 tahun sahaja. Pastinya diri ini sentiasa mengingatimu kerana mak lah yg mengandungkanku, membesarkanku, mengajarku erti kehidupan dan segalanya. Xterungkap moment indah bersama ketika kecil hinggalah ke besar. Sungguh ia memberi kesan pada jiwaku sehingga kini.. Walau 13 tahun meninggalkanku, mak masih lagi mak yg sentiasa hidup dalam doaku.

mati2

Anak Dr. Naz’ri, melihatnya amat menenangkan. Tapi x pernah bersua. Cuma pasti si ibu dan ayahnya pasti sedih akan kehilangannya. Aku meletakkan diriku dalam kondisi Dr. Naz’ri. Jika anakku pergi sepertinya, aku juga pasti merintih sayu mengenangkan anak yg kukandung 9 bulan. Biarlah aku pergi dahulu, agar anakku boleh memandikan jenazahku, menyembahyangkanku dan mendoakanku. Itulah hasratku.

Semuanya tentang kematian yang akan pasti menjemput kita bila2 masa. Samada kita sudah bersedia atau tidak, semuanya ditentukan ALLAH tanpa terlambat sesaat, seminit dan sejam sekalipun.

P/S: YA ALLAH, ampunkanlah dosa2ku.. Matikanlah aku dalam husnul khatimah, jauhkan lah aku mati dalam suul khatimah.

mati3

Motivación y Satisfacción

You Should Grab This Opportunity…

Statement tersebut terpacul di emelku. Terkejut kerana ianya datang dari SVku. Baru semalam aku berjumpa dengannya. Rasa sedikit kaget. Peluang apa yg perlu daku ambik..?

alhamdulillah, paper dipilih untuk dimasukkan dalam journal. Suatu perasaan yg x dpt digambarkan buat novice scholar mcm daku. Menyirap darah kesyukuran. Alhamdulillah. Lalu kukongsikan pada syurgaku.

paper_accepted

Teringat kembali kata2 si dia yg merendah2kan diriku di kala aku memerlukan pertolongannya. Saat aku di Semester 4 yg masih terkapai2 utk defend proposal.

“Awak ni dah semester berapa? Paper pon x de lagi. Student saya Semester 1 pon dh ada papers. Awak?”

“Apa yg awak nk buat ni x relevan for PhD. Kecik sgt. Thesis yg awak refer tu pon ntah apa2 kajian dia. X betul.”

“Berapa banyak student Master sy yg buat kajian lagi bagus dari awak. Level kajian awak tu tahap degree pon boleh buat”

Keluar saja dari biliknya, air panas mula membasahi pipi. Apakah tahapku masih Degree? Aku masih bertatih mengenal dunia research kerana Masterku mix-mode. Xde publication pon boleh graduate Master. Rasa sgt down dan bermacam persoalan bermain di mindaku. Negative mind mula muncul.

mot-motivacion_laboral

Aku mula bermuhasabah mencari kekuatan diri. Main SV mmg supportive. Aku berjumpa dengannya bagi mengutip kembali serpihan semangat dan motivasi yang pecah berderai beberapa hari. Aku mula bangun dengan semangat baru. Main SV yakin denganku, mengapa aku x boleh yakinkan diri? Alhamdulillah, sekatan pertama lepas di Semester 5. Agak lewat.

Setelah bertungkus lumus untuk producing initial result and preliminary findings, aku cuba mencari peluang utk menulis paper setelah di”recommend” oleh seorang expert dari Johor. Rezeki yg datang selepas itu melimpah ruah. Kedua2 paper diterima oleh 2  conference yg berbeza. Alhamdulillah, ianya dpt diselesaikan dalam 1 minggu. Minggu yg penuh dgn minggling around with many expertise dan cuba bertanyakan potensi researchku. Alhamdulillah, respon positif mereka membuat aku lebih yakin dengan apa yg daku buat.

Takdir Tuhan, Dekan mengambil gambarku dan meng”upload” di whatssapnya. Rezeki yg datang bergolek2. Alhamdulillah. Malah, aku x menaruh harapan pada kedua paper ku kerana ianya pertama kali aku menulis sepanjang itu. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih bertatih. Namun, rezeki Tuhan, aku perlu syukuri. X terbayang paper terpilih sehingga ke journal.

Ianya banyak memotivasikan aku utk lebih kuat dan yakin dengan research sendiri. Ianya suatu satisfaction buat diri. Motivasi dan Satisfaction. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semuanya dalam pengetahuanNya, semuanya kurniaanNya, semuanya kerana kasih sayangNya terhadap hambaNya. Tanpa boleh membangga diri, semuanya adalah rezeki yg dikurniakanNya. Aku wajib bersyukur. Tuhan memudahkan aku lorong2 kejayaan. Moga aku sentiasa bermotivasi dan yakin utk terus berjaya.

Pesanan Imam Syafie-mselim3

P/S: O My Lord, Advance me in Knowledge! O ALLAH, I ask You for knowledge that is benefit!