leer y escribir, leer y escribir..

Pendaftaran PhD sudahpun berlalu.. Setelah di’introduce’ oleh head of department, kelihatan gementar kaki dan tanganku. Apa tidaknya, 3 tahun untuk membaca dan menulis suatu yang novelty.

Mane mau cari idea yg x pernah dibuat orang. Tapi itulah namanya Doctor of Philosophy. Jatuh bangun semangat hanya diri yang tahu..

Kadang2 semangat. Kadang2 down. Down bila otak dah x de idea langsung. huhu.. Mohon agar tuhan berikan ilham, idea2 yang bernas dan hikmah serta kebijaksanaan buat diri yang kerdil ini.

“Welcome to the highest academia!”

Tersentap hati dgn welcoming speech HOD itu. Mampukah aku untuk teruskan perjalanan ilmu ini. Dengan kudrat yang ada, aku tahu kemampuanku. Ada hikmah? Moga kan terbongkar hikmah di depan mata.

“You had to defend your research proposal on third semester” <– statement ini yg plg takut. setakat ni, idea dlm kepala je. X bertulis langsung. X tau adakah beneficial untuk PhD research. Ya ALLAH, bantulah aku yg serba kekurangan ini.

“”You dont have any leave for studying PhD. Only study leave for 30 days per year with permission of supervisor and approval by faculty” —> teringat muka dan ketegasan supervisor. Mana mungkin dapat cuti. Dia seorang yang disiplin. Pengalaman bersama ketika master dahulu membuatkan daku sentiasa alert. Fuh..~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit tazkirah untuk diriku..

 

1. Write everything down

2. Keep a to do list.

3. Backup work.

4. Do not procrastinate. (ini yg selalu terjadi pd diriku.. -_- )

5. Talk to supervisor.

6. Focus on what you can do to get things working again.

7. Publish papers in the best conferences and journals.

8. Attend conference.

9. Communicate with research peers.

10. More reading. Focus on problems that PhD level.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

My Goal: To be a lecturer that well known in specific area in academic field with Islamic spirit by upholding Quran and Sunnah. Insya ALLAH.. Summa Aamiin..

Ya ALLAH, bantulah aku..

p/s: mood membina kekuatan diri untuk baca dan tulis setiap hari.. huhuhu…

Advertisements

Padres y suegros

Kali pertama mengenali mereka, agak malu2 sedikit.. (bukan sikit tp banyak..) 😀

Tambahan pula diusik oleh abah, “mana yg tu tu..”, ketika mula sampai di teratak kenangan ini. Sungguh x ku sangka, ziarah sbg “tanda kenal org luar” ini diredhai oleh ALLAH dan dipermudahkan segala urusan.

Kini, masih lagi bersama mereka di rumahku syurgaku (dh jd rumah sendiri..). Makin dikenal, makin suka didampingi. Abah dan mama yg sporting. =) Hampir setiap malam, mendengar celoteh mereka. Bergurau senda. Si abah, byk idea2 untuk bergurau. Kadang tergelak sendirian. kadang terlopong sendirian.

Sedang abah khusyuk bercerita dgn senyumannya, tiba, “Ha, munasabah x cerita tu?”

Daku terpinga. Sebenarnya x faham apa yang dicerita. huhu.. Terlampau laju. Mungkin lawak, tp bila abah tanya soalan begitu, spt bertanya pendapat. Sudahla x faham, x tau pula nk jawab apa.

Nasib baik, mama faham situasiku. hihi.. (bagus mama ni) “Dia x faham tu.” Mama pula yg translatekan cerita lawak abah itu. hihi..

Itulah masalah utama bila di perantauan ni. X faham dan x praktik pun ckp. Bila ckp, mcm siam plak. (apapun teruskan berusaha memahami bahasa, kerna setiap masa dh ada translator di sisi.. hihi)

Mama plak, faham je apa yang ada dlm hati ni. Tapi, kadang malu jugak dgn mama. Cuma diri ini kena usaha lebih banyak lg jadi yang terbaik buat mama dan abah.

Abah dan mama are sweet couple. sweet sgt bila gurau2 tu. Kadang x sembang pun, dengar diorg celoteh pon x ape. Tapi, kekadang, abah akan cerita juga ttg umi. Ingatannya pada arwah cukup membuatkan diri kagum dgn abah. Cinta pertamalah yg manis selamanya.

Diriku x sempat berjumpa dgn arwah. Walaupun x kenal, tp, ku tahu arwah amat baik dgn anak2nya dan dialah yg melahirkan zaujku. Moga arwah ditempatkan dlm golongan soleh bersama ibuku.

Semoga hubungan baik ini kekal selamanya. Allahumma allif baina Qulubina, Ashlih zaata bainina..


p/s: Dah sebulan bersama mertua.. =)