ser celosa

“Saya nk berterus terang hari ni. Sebenarnya, sy jeles tengok awak bersama orang lain. Sy x suka tgk awak rapat dengan diaorg. Jeles.”

Jeles? Ada apa dengan jealous?

Jealousy is a secondary emotion and typically refers to the negative thoughts and feelings of insecurity, fear, and anxiety over an anticipated loss of something that the person values, particularly in reference to a human connection. (Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Jealousy)

Jeles @ Jealous @ Cemburu @ Celosa adalah sifat2 hati yang menjurus kepada perhubungan dengan manusia. Jika jeles berlebihan, ia akan mengundang kepada sifat iri hati. Terdapat cemburu ke arah kebaikan dan cemburu ke arah keburukan.

Cemburu ke arah kebaikan. Cemburu melihat sahabat2 yang melipatgandakan ibadahnya semata2 kerana ALLAH. Lalu, kita mencontohinya. Malah, istiqamah dalam melakukan perkara2 kebaikan. Contoh:

Setiap pagi, kita sering mendengar sahabat membaca AL-Quran dua muka surat. Malah, mathurat x pernah lekang dr mulutnya. Sentiasa istiqamah. Apabila membuat perbandingan diri kita yang baca Al-Quran kadang2 setengah muka surat dan jarang mengamalkan pembacaan mathurat, kita akan ada rasa sifat cemburu. Lalu timbul persoalan, kenapa dia boleh menyelesaikan bacaan mathurat dan AL-Quran setiap pagi, tetapi kita x mampu melaksanakannya. Jeles. Timbullah anjakan paradigma dalam diri untuk mencontohi amalan kebaikan sahabat kita.

Cemburu seperti ini adalah baik untuk kebaikan diri. Secara tidak langsung, kita juga dapat meningkatkan prestasi amalan ibadah kita seterusnya mencapai tahap mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Cemburu ke arah keburukan. Cemburu ini akan diperhalusi dalam post kali ini kerana ia menyerang tanpa kita sedar. Ini kerana, cemburu ini berkaitan dengan human relationships. Cemburu ini mudah didapati apabila kita menyayangi seseorang dengan sepenuh hati. Apabila sayang itu memenuhi hati dan perasaan, maka terbentuklah suatu perasaan, kita hendak bersamanya setiap masa.

Cemburu tandanya sayang.. Benarkah? Ya, benar especially in close relationship context. Tanpa ada sifat cemburu, kita merasakan, mana mungkin dapat menilai tahap sayang seseorang kepada kita. Emosi atau perasaan yang menguasai diri dan diterjemahkan kepada sayang, hingga mengawal tindakan atau aktiviti seseorang. Apabila sayang terhadap seseorang merajai hati, maka hilanglah segala rasa sayang kita pada makhluk Tuhan yang lain. Baginya, dialah segala-galanya. Susah senang hidup bersama. Care and Share.

Sejauh manakah cemburu berkesan dalam menilai kasih sayang? Apabila sayang terhadap manusia menguasai diri, maka hilanglah rasa kasih terhadap ALLAH dan Rasul. Tiada tempat di hati kita untuk ALLAH dan Rasul. Dalam hati, hanya bergetar nama yang disayangi. Tiada lagi ungkapan, apabila disebut nama ALLAH, maka bergetarlah hati2 manusia.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal : ayat 2)

Menurut Syed Qutb dalan Fi Zilalil Quran, ayat ini memaparkan getaran perasaan yang menyentuh kalbu orang mukmin ketika disebut nama Allah SWT dalam sesuatu perintah atau larangan. Ia merasa tertutup oleh keagunganNya, meluap rasa takutnya kepadaNya, dan terbayang olehnya keagungan Allah dan kehebatanNya. Disamping itu, terbayang pula kekurangan dirinya dan dosa-dosanya, lantas mendorong untuk melakukan amal dan ketaatan.


Sejauh manakah praktikalnya? Apabila kita menyayangi seseorang samada dalam berukhuwah atau perhubungan, maka letakkanlah rasa kasih kita hanya kerana ALLAH. Uhibbuki fillah (Saya sayang awak kerana ALLAH). Maka, apabila timbul rasa cemburu melihat dia bersama orang lain, maka cepat2lah elakkan rasa cemburu. Lantas mengatakan bahawa, sesungguhnya aku menyayanginya kerana ALLAH, hanya ALLAH yang tahu betapa aku menyayanginya. Jauhkan rasa cemburu, kerana kasihku terhadap ALLAH melebihi kasihku padanya. ALLAH sebaik2 penjaga dirinya.

Praktikalkah? Ya, memang susah untuk dipraktikkan. Namun, perkara asas perlu dibina dalam lubuk hati kita. Jika cemburu terhadap manusia meluap2, maka proses pembinaan kasih terhadap ALLAH belum lagi dibina atau belum siap diselenggara. Kita mudah menyayangi orang lain melebihi ALLAH yang mencipta perasaan sayang ini. Jesteru, perkara yang paling penting di kala ini, adalah membangunkan binaan kasih sayang terhadap ALLAH. Sejauh mana ALLAH bertakhta di hati? Di mana ALLAH di hati? Adakah keutamaan menyayangi ALLAH lebih tinggi dari segalanya?

Cakap memang lah senang, tapi buat belum tentu. Ya, memang senang menaip dan bercakap. Namun, azam dan niat perlu dipasakkan agar ia menjadi pendorong kita ke arah yang lebih baik. Bukankah setiap amalan dimulai dengan niat?

Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu, beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan bergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad’i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).


Menyayangi manusia tidak salah, malah dituntut. Namun, apabila sayang berlebihan hingga mencetuskan rasa cemburu seterusnya iri hati, ia tidak digalakkan di dalam Islam. Malah, Rasulullah Solla ALLAHu A’laihi Wasallam mengajar kita berkasih sayang terhadap manusia.

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Sayang yang menjiwai atau penuh perasaan hingga memenuhi ruang hati bakal mengundang pelbagai penyakit hati. Jika hati kita penuh dengan kasih dan sayang terhadap manusia, di manakah letaknya tempat di sudut hati kita untuk menyayangi ALLAH? Adakah hati perlu dibahagi untuk meletakkan ALLAH dan manusia setanding di hati kita? Tidak. Mana mungkin, ALLAH sebagai Pencipta kita ingin disamakan level dengan manusia di hati kita? Mari kita tepuk dada, tanya iman.

Sayang hadirkan keikhlasan. Apabila kita menyayangi seseorang, apa sahaja yang kita lakukan, adalah inginkan perhatian dan mengharapkan penghargaan darinya. Segala usaha kita adalah ikhlas, semata-mata ingin dia sentiasa bersama kita. Namun begitu, apabila terjadinya ujian di dalam perhubungan, segala kebaikan yang kita sudah taburkan akan menjadi ungkitan malah disebut2 sebagai tidak mengenang budi or jasa. Cinta tanpa balasan di awal pertemuan tetapi menjadi alasan apabila masalah mula menerjah perhubungan persaudaraan. Ikhlaskah? Ketika di awal perkenalan, semuanya indah. Segalanya dilakukan dengan kerelaan hati. Ikhlas. Masih wujudkah ikhlas seperti itu dalam melakukan ibadah kepada ALLAH? atau kita masih berkira2 dengan Tuhan? Sejauh mana kita mengatakan kasih dan sayang kita terhadap ALLAH, andai maksiat hati masih berleluasa dan perkara yang dilarang ALLAH masih kita laksanakan tanpa rasa takut dan bimbang akan penglihatanNya. Mari kita terjemahkan kasih dan sayang kita pada ALLAH dengan rela dan secara sedar melakukan ibadat kepadaNya. Mengharapkan manusia bisa menjadikan kita kecewa, namun dengan mengharapkan balasan kasih sayang dari ALLAH bisa membuatkan kita bahagia hingga ke syurga. ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya malah ALLAH kaya dengan sifat Penyayang.

Bagaimana hendak menghilangkan rasa cemburu?

1. Observe what triggers your jealousy.
2. Bite your tongue.
3. Recognize that jealousy is a self-fulfilling prophecy.
4. Build self confidence.
5. Stop comparing yourself to other people.
6. Stop feeling entitled to all of a person’s time
7. Trust.
8. Be positive. (Sifat ini perlu hadir setiap masa bagi mengekalkan persaudaraan. Berbaik sangka.)

* Overcoming jealousy will take time. Be patient with yourself.
* Never let your feelings of jealousy push you to abuse someone, verbally or physically.

(Source: http://www.wikihow.com/Stop-Being-Jealous)

Jesteru, sy menyeru diri ini agar sentiasa berhati2 dengan mainan perasaan. Jika ada sekelumit rasa cemburu, jauhkannya dari lubuk hati. Ini penting agar tidak ada anasir2 luar yang hadir bagi memporakperandakan hubungan yang sedia ada di antara kita. Apabila wujud rasa cemburu di akar hati, mula lah kita menunjukkan sifat merajuk, sifat tidak puas hati malah bercerita kepada orang lain akan keburukan sahabat. Kesannya amatlah buruk kerana bisa menghadirkan sejuta sifat mazmumah dalam diri.

Untuk menjadi baik, bukannya senang dan untuk menjadi jahat bukannya susah. Prevention is better. Jalinkan hubungan yang sihat antara sesama manusia. Buanglah perasaan cemburu. Jadikan menjadi mukmin yang soleh/solehah adalah matlamat hidup. Kerna gemilangnya Islam bermula dari pembentukan sahsiah individu muslim.

Utamakan ALLAH dalam segala2nya. Bukan senang untuk mempraktikkan, tapi mencuba adalah tidak salah. ALLAH menilai usaha kita. Setapak ke arah kebaikan, berganda pahala menanti, kasih ALLAH terhadap kita tidak bertepi.

El espíritu

Kelihatan kolam air mata masih bergenang menahan dari pecahnya empangan. Cuba menahan sebak di dada sambil mengawal diri di hadapan para guru yg disayangi.

“Awak kena ambil keputusan ini. Ini sahaja yg terbaik untuk awak.”

Sambil mengangguk, cuba merelakan keputusan muktamad itu.

Seusai dimotivasikan, dia mengambil langkah awal meminta izin untuk membersihkan diri. Pecah juga empangannya. Bukan ego, tapi cuba mengawal perasaan dan mengelakkan dari meminta simpati para guru.

Hati mana yang tidak remuk bila mendapat tahu dia yang tercorot dalam kelasnya. Berkali2 dia cuba meyakinkan diri, ujian ini ALLAH beri mengikut kekuatan dirinya. ALLAH beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak. ALLAH berkehendakkan kita melepasi ujian ini kerana ALLAH sudah menyediakan hikmah dari ujian yg belum dapat dicapai dengan aqal manusia.

Hanya itu sahaja yang dia mampu. Motivasikan diri. Kekuatan dalaman menjadi penentu kewarasan aqal. Merah hidungnya setelah berkali2 menangis, melepaskan apa yang dirasakannya berat untuk ditanggung.

Malu dengan teman seperjuangan. Malu dengan guru yang membantu. Malu dengan guru yang menilai prestasi kerjanya. Tapi, dia perlu kuat. Memang bukan ini jalan yang dipinta, namun jalan ini yang perlu dilaluinya dahulu sebelum berjaya.

Tatkala dirinya masih mengawal perasaan, kawan sekelasnya datang memberikan semangat.

“Encik Ridzuan kata jalan awak untuk berjaya agak sukar. Tapi tidak mustahil, awak akan berjaya. Cuma jalan itu perlu awak tempuh dengan kekuatan awak. Ujian sebenarnya untuk awak.”

Terkesima dengan kata2 semangat guru tersebut. Kekuatan itu perlu dibina. Namun, agak sukar sebenarnya tanpa sahabat yang memahami disisi. Keputusan yang menyuntik kekecewaan pada mulanya. Benarlah, bahawa sabar itu amatlah payah jika tidak disertakan dengan kekuatan dalaman bahawa ALLAH tidak menzalimi manusia dengan sewenang2nya. Kerna kita adalah hambaNya. Malah ALLAH lebih tahu kesakitan hati hambaNya untuk cuba menerima apa yang telah berlaku.

Cendol pulut sebagai bahan untuk membuka bicara. Agak sukar dia meluahkan perasaan dengan air mata yang bergenang di hadapan sahabat ajnabi. Namun, dia faham akan niat kawan sekelasnya membantu yg termampu. Memang kali ini, ia penuh dengan emosi. Perempuan. Kalah juga dengan air mata.

Malam itu, semangatnya kembali pulih apabila melihat wajah2 anak bangsa yang dahagakan ilmu. Wajah mereka menyatakan teruskan lah berjuang andai dilanda ombak dan pantai. Hidup mesti diteruskan walau ujian sepahit hempedu. Tanggungjawab kepada agama dan bangsa belum lagi tertunai. Inikan pula hanya memikirkan masalah peribadi.

Bukannya belum pernah merasai ujian seperti ini. Kejayaan seseorang adalah daripada kegagalan. Jatuh dan bangun hidup manusia kerana mengambil iktibar dari pengalaman ujian. Ujian datang seiring usia yang meningkat.

Keesokan harinya, hati belum mampu terubat. Mendengar sahaja lagu, Rintihanku dari Assaufee dan Sesekali Diuji dari NICE cukup membuatkan air mata turun dengan lajunya tanpa disedari sesiapa. Masih belum cukup kekuatan memberitahu pada sesiapa. Cukuplah ALLAH, tempat mengadu segalanya. Andai ada manusia yang memahami, belum tentu dia dapat mengubat hati. ALLAH yang Maha Memahami dapat melapangkan dan mententeramkan hati yang sayu.

Tetiba dia teringat video yang disimpannya. Menghayati bait2 semangat yg ditiupkan oleh Ustaz Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,

Manusia apabila dia hilang suatu benda di dalam dunia, kadang2 macam dia hilang segala-galanya.. Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat!

Ketika kita menghadapi keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.
Tapi hari ini, ALLAH telah keluarkan kita berada dalam  keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita mengatakan, “Habislah aku kali ini!”

Tapi usia kita seiring berjalan, kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini. Ketika kita mengatakan, “Ya ALLAH, tolonglah aku. Ya ALLAH, tolonglah aku, aku susah, Ya ALLAH!”.

Hari ini kita pun telah lupa pada perkataan itu. Kita pun kadang2 lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah ALLAH keluarkan kita daripadanya.
Kata ALLAH, iman dia bertambah. Bukan mengatakan, “Kenapa ALLAH uji aku. Apalah dosa aku!”

Kata Al-Quran, iman mereka bertambah. HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL (Surah Ali Imran- Ayat 173) Cukuplah ALLAH bagi kami. DIA lah sebaik2 tempat diserahkan urusan.

Siapa yg tidak melaluinya, tidak akan memahami maksud ini. Orang2 yg pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada ALLAH, dia mengatakan “Ya ALLAH, aku serahkan urusan ini kepadaMU, Ya ALLAH“.  “

(Source: http://www.youtube.com/watch?v=LKxu7SWKifc)

Ujian menguji bagaimana dalamnya cinta manusia pada DIA. Pengharapan dan pengaduan diluahkan dalam rintihan. Biarlah hati tenteram dengan semangat dan kekuatan diri agar bisa mendapat redha ILahi. Sesungguhnya cinta ALLAH terlalu mahal untuk dimiliki. Layakkah  memiliki cintaNya, andai belum mampu menerima ujian dariNya? Monolognya sendirian..