fallecimiento

Hari ini tetiba teringat akan saudara2ku yang sudah meninggal dunia. Fezza, abah, mak, anak Dr. Naz’ri.. Semuanya pergi meninggalkan dunia yg fana.

Fezza, walaupun kita baru bersembang sekejap ketika majlis nikah ita, but that is the memorable moment that i have with you. Awak kawen dengan sepupu saya yg rapat masa saya kecil. Umur awak pon sebaya dengan saya. Peninggalan awak adalah satu kejutan buat abg faizal. X pernah nk tanya dia, tapi cerita awak saya banyak tahu dari orang lain, mak induk, mak itam, ita, makngah. Sebenarnya awak pergi dengan memberi mesej pada sy, kematian itu x mengenal usia. Ketika itu, umur kita baru 26. Sekarang umur saya dh 30. Sungguh, kematian bukan untuk orang yg tua dan sakit sahaja. Moga saya meningkatkan amalan dan ketaqwaan kepadaNya.

mati1

Abah, walaupun, masa yg dipinjamkan untuk bersama abah amat sekejap, tapi waktu bersama abah akan saya ingati selamanya. Ada suatu waktu, abah teringin nak tengok bakal mennatu yg luar dari negeri abah, saya bersama rakan dan adik sanggup ke rumah abah. Boleh plak abah buat lawak, tnya yang mana satu bakal menantu. Hehe.. Tahun yg sama juga, saya berjumpa lagi dengan abah sebagai tunang si dia selepas abah memberikan persetujuan untuk menerima saya sebagai bakal menantu abah. X sampai sebulan, abah datang lg dengan rombongan untuk akad nikah anaknya. Sejak dari itu, rasmilah saya sebagai menantu abah dari luar negeri abah. Saya sempat bersama abah setahun setengah sahaja. Tapi, rasa sedih akan kehilangan abah masih terasa sehingga kini. Ketika itu, saya memohon pada Tuhan, agar abah dapat bertemu dengan cucunya. Namun x sempat, apabila abah pergi dahulu sebulan lebih awal dari jangkaan cucunya yg akan lahir ke dunia. ALLAH sahaja yg tahu, sedihnya hati ni. Walau jadi menantu sekejap, kenangan buah salak, kenangan makan pagi, kenangan abah hantar dan ambik dari UPWKK, kenangan abah tunjuk semua gambar anak abah pasti sentiasa terukir indah di ingatan.

Mak, waktu bersamamu hanyalah 17 tahun sahaja. Pastinya diri ini sentiasa mengingatimu kerana mak lah yg mengandungkanku, membesarkanku, mengajarku erti kehidupan dan segalanya. Xterungkap moment indah bersama ketika kecil hinggalah ke besar. Sungguh ia memberi kesan pada jiwaku sehingga kini.. Walau 13 tahun meninggalkanku, mak masih lagi mak yg sentiasa hidup dalam doaku.

mati2

Anak Dr. Naz’ri, melihatnya amat menenangkan. Tapi x pernah bersua. Cuma pasti si ibu dan ayahnya pasti sedih akan kehilangannya. Aku meletakkan diriku dalam kondisi Dr. Naz’ri. Jika anakku pergi sepertinya, aku juga pasti merintih sayu mengenangkan anak yg kukandung 9 bulan. Biarlah aku pergi dahulu, agar anakku boleh memandikan jenazahku, menyembahyangkanku dan mendoakanku. Itulah hasratku.

Semuanya tentang kematian yang akan pasti menjemput kita bila2 masa. Samada kita sudah bersedia atau tidak, semuanya ditentukan ALLAH tanpa terlambat sesaat, seminit dan sejam sekalipun.

P/S: YA ALLAH, ampunkanlah dosa2ku.. Matikanlah aku dalam husnul khatimah, jauhkan lah aku mati dalam suul khatimah.

mati3

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s