Abah..

Sayu membaca status seorang anak yang berkorban untuk ayahnya, Sebak di dada pabila mendengar berita mengenai abah. Sungguh, ianya ujian yang menguji iman. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un..

status fb1

Kanser hati di tahap 4.. Perkataan itu membuatkan diri terkenang kembali kenangan2 bersama abah semalam.. Walaupun abah merupakan ayah mentua, tapi diri tetap menganggapnya ayah sendiri. Caranya dan didikannya terhadap anak2nya yang lain mengusik hatiku. Mungkin selama ini, daku agak sukar merasai ‘kelembutan’ seorang ayah. Sehingga ke saat ini, ayah masih begitu dengan anak2nya. Ianya membuatkan anak2 makin jauh dan menjauhkan diri.

Namun segalanya adalah pinjaman dari Tuhan. Allah memberiku abah, kerana selama ini, daku mendambakan kasih sayang seorang ayah. Lembut dengan anak2, malah ambil berat. Tuhan beri pinjam apa yang kita inginkan, dan akan mengambil balik kerana abah merupakan kepunyaanNya..

status fb2

Harapanku jua begitu. Moga abah sempat melihat cucunya. Daku bersyukur pada ALLAH kerana menghadirkan abah dalam hidupku. ALLAH berikan suatu yang bernilai kepadaku. Alhamdulillah.. Terima Kasih, ALLAH.. Cuma, harapanku agar abah diberikan kekuatan untuk melawan penyakit ini. Sungguh, ini ujianMu. Tidak ada seseorang pun yang dapat menolak ketentuanMu. Selagi abah masih ada, kan ku berbakti pada abah.. kerna abah merupakan pinjaman ALLAH buatku..

semuanya milik DIA

Advertisements

azimat ibunda

“Mak x ada harta untuk ditinggalkan pada anak2 setelah mak tiada di dunia nanti. Ilmu sahaja yang mak mampu usahakan buat anak2 mak. Belajarlah rajin2..”

Ayat2 itu masih berbekas di minda walau 10 tahun mak tiada di sisi.. Ayat2 itulah membuatkan diri masih bertahan di perjuangan ilmu. Sungguhpun letih mengharungi arus dugaan, namun, itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapat ilmu. Pencarian ilmu yang tiada noktahnya..

Menjadi pembakar semangat ketika dirundung duka dengan perkataan “progress”.. Wahai diri, bangunlah, ketika dirimu lemah dek kritikan pedas. Jangan biarkan dirimu jatuh terduduk kerana ianya hanya kata2 motivasi untuk buat dirimu bersemangat kembali. Ingat azimat ibunda dan pesanan Rasulullah S.A.W..

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.” – Sahih – Ibnu Majah

ilm

Sesungguhnya, Ya A’liim, Ya Hakiim, kurniakan daku ilmu dan hikmah yang bermanfaat. Kerna ilmu ALLAH yang Maha Tinggi tidak terhingga luasnya..

“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)..” – Surah Al-Kahfi : Ayat 109