menduakan

“Selama ini, kakak banyak bersangka buruk kepada ALLAH. Kakak tidak faham mengapa ALLAH memberi hak untuk lelaki berpoligami bila-bila masa sahaja yang dia suka. Isteri pula haram bersuara kerana dikhuatiri derhaka. Wanita wajib setuju sahaja sama ada jiwa terseksa ataupun tidak. Puas kakak cuba memproses diri untuk bersangka baik kepada ALLAH. Kakak tidak mahu syaitan menang.”

“Kakak tidak sangka, keharusan poligami yang murni itu boleh disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Kakak betul-betul tidak tahu ALLAH sebenarnya memberikan hak yang wajar dan selari dengan fitrah manusia. ALLAH sangat baik! Kini kakak faham mana Islam dan mana tafsiran. Baru hari ini kakak benar-benar boleh berlapang dada dengan ALLAH. Astaghfirullah.”

Petikan Sebarkan CintaMU, nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin

Kejernihan fikrah dan kajian penulis membuat diri berfikir sejenak. Memang telah wujud kesalahfahaman mengenai poligami. Ianya terbenam dalam fikiran lalu memberikan kata putus tanpa mengkaji secara dalam. Lambakan info tanpa tapisan bahawa poligami adalah sunnah dan wajib diikut, sekiranya tidak, dia tidak mengikut sunnah Rasulullah, membuatkan diri ini menerima seadanya bahawa suami adalah hak ALLAH dan perlu berkongsi. Mujur ada yang menegur. Isteri juga hak ALLAH dan Islam meraikan hak bersuara wanita.

Dulu, poligami dirasakan perlu diterima oleh semua wanita tanpa perlu mengharamkannya terus dari diamalkan kerana ianya wujud pada zaman Rasulullah S.A.W. Namun, ketika itu, merasakan tenang menerima poligami seadanya tanpa hati membantah. Mungkin kerana di hati ini belum ada yang istimewa sebagai peneman hidup dunia  dan akhirat.

Setelah hati dimiliki, mula merasakan cemburu yang kian menjalar akibat penunggalan cinta pada yang halal. Memetik kajian dari Novel Tauhid, Sebarkan CintaMu, berkata Ibnul Qayyim dalam bukunya Raudhatul Muhibbin, lumrah cinta mengharapkan penunggalan cinta. Islam amat memahami fitrah ini sehinggakan memberi hak yang amat relevan dan melapangkan dada semua wanita.

Paksaan untuk menerima poligami sebagai cara hidup amatlah tidak digalakkan. Malah, ditunjukkan teladannya oleh puteri baginda Solla ALLAHu A’laihi Wasallam, Sayyidina Fatimah menolak poligami sebagai menjaga akhiratnya. Sumber dari: Hadis sohih Imam Bukhari

Alhamdulillah, Novel Tauhid selesai dibaca dan cuba untuk difahami isiny. 870 muka surat dihabiskan untuk pembacaan selama 2 minggu. Banyak membuka minda dan memperteguhkan prinsip. Alhamdulillah. Moga ALLAH memberikan penulis novel ini kekuatan merungkai masalah remaja dan masa kini melalui mata pena dakwahnya.

Terima kasih buat my zauj yang menghadiahi buku novel ini sempena hari lahirku. Im appreciate it.

Next book for today is, Nota Fikir Untuk Zikir, by Ustaz Pahrol Mohd Juoi. =)

Share Artikel Pembacaan: http://saifulislam.com/?p=2122

P/S:Berhajat mencari buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri, karangan Cahyadi Takariawan.

Advertisements

mi hermano

Tika ini, fikiran menerawang terkenangkan kenangan manis bersama abangku. Ya, dia seorang abang yang sentiasa melindungi adiknya. Bertuah menjadi adik kesayangannya. Susah dan senang dilalui bersama.

Abang merupakan abang yang bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab dan jujur amat terserlah dalam dirinya. Entah kenapa kali ini, jari jemari laju menaip berkaitan dirinya. Mungkin rindu itu mendorongku, getus hati kecil ku..

Jarak yang jauh kini membuatkanku rasa kehilangan tempat bergurau senda dan meluahkan rasa. Mungkin, sejak dahulu, hanya dia di depan mata. Sifat ambil beratnya membuatkan diri betul2 bahagia mempunyai seorang abang.

Sifat manjaku semakin menjadi2 apabila abang sentiasa mengikut sahaja keperluanku. Mungkin, tidak mahu menghampakan harapanku. Terus menerus bermonolog sendirian agar kebaikannya sentiasa menguasai kelemahannya.

Kekadang, kenakalanku membuatkan abang sentiasa bersabar. Tidak pernah tangannya menghinggap ke muka dan badanku. Sifat kasihkan adiknya menyelubungi diri. Ku fikir, mungkin ibu tidak pernah memarahiku seperti itu lantas membuat konklusi sendiri bahawa abang mahu menjadikan dirinya pelindung dan pendamping setia seperti ibu.

Dahulu, belum ku mengerti erti kasih sayang sebenar. Mungkin inilah masanya membalas budi baik abang yang menjagaku tanpa meminta balasan dan ungkitan, memberi segalanya tanpa ada paksaan dan tidak pernah menceritakan kesusahannya mencari sesuap nasi untuk adiknya.

Sungguh, aku terharu dengan pengorbanannya sebagai abang yang sentiasa berada di sampingku tika ku memerlukan. Tuhan telah menganugerahkan rasa kasih padaku untuk abangku. Juga rasa kasih abangku padaku. Tuhan, Ya Wadud, Maha Pencinta dan Maha Mencintai, pemilik segala kasih sayang. Tanpa cinta dan kasih yang dianugerahkan dariNya, tidak mungkin aku merasai sebegini dan tidak mungkin abangku menyayangiku setulus hatinya.

Namun, diriku sedar, abang hanyalah pinjaman dariNya. Tidak mungkin, dapat membalas segala budi abang selama ini. Bila2 masa sahaja akan dipanggil Pemberi Pinjaman. Kita tidak punya apa2 melainkan pinjaman semata. Kaki dan tanganku juga pinjaman, motivasiku sendirian.

Selagi abang masih ada disisi, masa amatlah berharga. Anugerah yang indah dariNya. Dikurniakan olehNya, agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Menghargai dengan apa yang diberikanNya. Abang juga manusia biasa yang mempunyai hati yang sentiasa berubah2 bila2 masa sepertiku. Biarlah rasa kasih ini dan redha seorang abang menjadi alat bagi mencapai segala cinta Pencipta segala rasa cinta. Kepercayaan dan pergantungan mutlak hanyalah padaNya. Cinta dan kasihNya kekal abadi.

Mana mungkin dapat disamakan cinta dan kasih hambaNya dengan Pencipta segala rasa kasih dan sayang. Menjadi tanggungjawabku menjaga dan membalas kebaikan abang dengan menjadi yang terbaik buat dirinya.

Kaulah Kekasih yg Maha Memahami hambaMu yang dhaif. Ketika kita membahagiakan orang lain, ternyata kita lebih bahagia. Moga bermula detik ini sebagai permulaan membahagiakan abang dengan kebaikan tingkah lakuku dan cuba menjadi adik yang bertanggungjawab pada abangnya. Semoga ALLAH redha.