Este día en la historia

Hari ini dalam sejarah..

9 tahun sudah ibu pergi menghadap ILahi. Moga ALLAH sentiasa merahmatinya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Rindu padamu ibu, terubat setiap kali hadiah pahala dan doa diberikan untukmu. Tambahan pula, menziarahi kubur ibu baru2 ini bersama adik beradik tersayang membuatkan hati agak syahdu seketika. Bacaan Yassin dibaca dengan diketuai oleh anakmu sendiri, Aminuddin. Moga sedekah pahala bacaan Yasin dari anak2mu, dapat membuatmu bahagia di sana.

Walau sudah bertukar status, tapi hati ini masih teringatkanmu. Walau kita x bersua, tapi hati ini x dpt menidakkan kenangan2 bersamamu. Kenakalanku akan memberi pengajaran untuk hari ini.

Ibu, akan ku cuba jadi isteri dan ibu yg terbaik sepertimana yg kau lakukan untuk dicontohi oleh kami adik beradik..
Daku rindu belaianmu, ibu, walau umur menjengah usia. Sesungguhnya, kasihmu abadi sepanjang zaman.

Moga ibu damai di sana..

 

p/s: Rindu arwah.. =( AlFatihah..

preñada?

Tetiba malam ni, teringin nak type sesuatu sbg luahan hati. Kadang2 pendam2 pun, x elok jugak.. =)

“Dah berisi?”

“Pregnant dh ke?”

“X de berita baik lagi ke?”

“Bila nak jadi pakchik ni?”

“Dah ada isi?”

Soalan2 tersebut menerjah bagaikan peluru x bertuan. Sukar ditepis. Dan perlu ditempuh. huhu.. Tambahan pula, kawan2 baik yang baru berkahwin, dah menelefon, “aik, x de lagi ke?”.. hmm..

Ramai kawan2 baik yang cepat mengandung. Rezeki ALLAH pada mereka. Syukur. Namun, soalan yang x tahan tu lah, x sedap didengar, tp, kena tadah jugaklah telinga ni.

Kekadang tu, ayat penyata “Kawan baik dia semua dah mengandung, Stress nak mengandung jugak lah tu.. Jeles lah tu..” buat diri mengurut dada beberapa kali. Sabar..

Ye, mmg stress bila diasak soalan yang sama. Jika tidak kerana ALLAH, mereka tidak akan mengandung. Kerna zuriat itu rezeki ALLAH dan kerja ALLAH. (mungkin orang mengatakan sy emotion)

Saya menjadi agak bosan dan sedikit juga sedih. bukan sedih kerana belum ‘ada isi’, tapi sedih kerana mereka tidak faham bahawa semua itu ketentuan Allah. Sebagai manusia dan hamba ALLAH, saya hanya mampu berusaha..

Situasi sebegini membuatkan sy malas nak berhubung dengan rakan karib sy. Asal telefon je, tanya “bila nak ada isi ni”.

Bagi saya, zuriat adalah anugerah ALLAH yang perlu kita persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. Bukan mendabik dada dan menjaja satu kampung, bahawa telah mengandung. Belum tentu zuriat yang kita kandung dapat lahir dengan sempurna, belum tentu zuriat yang kita lahir akan menjadi yang soleh dan soleh untuk kita, belum tentu zuriat dapat menjadi penyeri rumah tangga kita. Semuanya berbalik kepada ketentuanNya.

Source: http://drzubaidi.com/blog/?p=1955 (Dr Zubaidi Hj Ahmad)

Walaubagaimanapun, saya akan terus bersabar, berusaha dan bertawakkal kepadaNya. KepadaNyalah disandar segala harapan. Hidup dan Mati kita hanya Dia yang tentukan. Yang penting akhirat tempat dituju, jauhkan dari sifat sedih mengenangkan zuriat. Mari berbekalkan amalan dan taqwa menujuNya. Di sana nanti, bukan ditanya berapa cepat dapat zuriat, tapi sejauh mana zuriat yang lahir ini dapat membantu menambah amalan soleh kita.

Seandainya pregnant, “Alhamdulillah”. Andai juga saya perlu menanti lagi, “Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa BiLLaH…”.. kerana Dia sahaja yang mampu mengADAkan yang tiada itu…

Sekarang, masa untuk mempersiapkan diri agar menjadi mithali dan mukhlis dan segala gerak kerja amal ibadah kepadaNya, menjadi isteri yang setia dan menenangkan hati suami, honeymoon dengan buah hati, membahagiakan rumah tangga, mengeratkan lagi silaturrahim dengan mertua dan ipar duai, mengukuhkan ekonomi dan menumpukan fokus untuk sambung belajar.. 😉

Banyak sebenarnya kerja2 kita sbg hambaNya! Jauhkan diri dari berputus asa. Berusaha sekuatnya untuk capai redhaNya. Bersangka baik dengan ALLAH. Always positive.

Sentiasa ingat yang kita ini milik Allah, tidak ada satu pun milik kita dan Allah berhak nak ambil balik hak Dia bila-bila masa pun.

p/s: mood memotivasikan diri. Thanks hubby, dirimu menguatkanku..