La importancia de estar motivado

Untuk hidup, perlu menerima, tetapi Untuk meneruskan kehidupan, perlu memberi.

Kata2 ustaz Rujhan terngiang2 di ingatan. Mencari erti mendalam. Tp, kata2 itu seakan2 memotivasikan diri ini.

“Untuk hidup, perlu menerima” Redha dengan apa yg telah ditentukan dan bersyukur dgn nikmat ALLAH yg dikurniakan kepada kita. Nikmat penglihatan, pendengaran dan sekeping hati adalah anugerah ALLAH yg x ternilai harganya. Adakah kita sedar dengan kewujudan nikmat Tuhan? Tak terhitung banyaknya. Teringat pengisian usrah beberapa hari yg lalu, “Walau dibayar dgn beberapa juta pun, x akan mampu membayar nikmat Tuhan kurniakan kepada manusia.” Ya, ianya disedari, apabila muhasabah diri. Ayat2 cinta ALLAH telah banyak menyatakan nikmat Tuhan yg manusia dustai dan x bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

Katakanlah: “Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (tetapi) Amat sedikit kamu bersyukur. (Surah Al-Mulk : 23)

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَارَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُم مَّنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِهِ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?” Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga). (Surah AL-An’am:46)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raf:179)

Selain nikmat Tuhan yg diberikan kepada manusia, yg perlu diterima oleh manusia, ujian juga salah satu penerimaan manusia untuk terus hidup menempuh sisa2 kehidupan. Kehidupan manusia x lepas dari ujian. Cara menangani masalah adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yg merengus, merintih, mengeluh dengan kehidupan. Ada yg tidak puas hati, kenapa dia diuji sedemikian rupa. Ada yg merasai, ujian itu x sesuai utk dirinya. Ada yg menganggap, kehidupan ini x adil kerana manusia diuji dgn sedemikian rupa. Ada yg menangis berpanjangan kerana mengenangkan nasib diri.

Bagi orang beriman, ujian itu adalah tarbiyah dari ALLAH. Orang beriman juga yakin segala ujian yg menimpa adalah utk menguji keimanan, sejauh mana mereka patuh dan redha dengan kehendak dan ketentuan Tuhan. Oleh kerana itu, ujian yg dilalui diterima dengan sabar dan berserah diri terhadap ALLAH. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui kesanggupan hambaNya dalam menerima ujian. Redha, sabar dan rela diuji adalah sifat yg amat payah utk dipraktikkan. Namun, dengan keyakinan yg tinggi terhadap ALLAH (iman), kita kuatkan diri dan sentiasa bermuhasabah diri dgn ayat2 al-Quran. Berdampinglah dengan AL-Quran. Al-Quran bukan sahaja as-syifa (penawar) malah motivator terbaik dikala jiwa dirundung kesedihan.

“Untuk meneruskan kehidupan, perlu memberi” Semangat diri, Penjagaan kesihatan, Pendidikan, Kasih sayang adalah aspek2 teras utk diberikan kepada manusia. Bagi meneruskan kehidpan yg entah kan bila akhirnya, dengan semangat diri yg diberikan utk kekuatan perlu agar manusia sentiasa berfikir positif dan bersikap profesionalisme dalam kerjaya serta fokus dalam pembelajaran. Selain itu, kita perlu memberikan penghargaan kepada diri dengan penjagaan kesihatan yg terbaik sepanjang hari. Ini kerana, tanpa kesihatan yg baik, ketidakselesaan dalam bekerja akan menganggu gugat prestasi kerja.

Pendidikan atau pun Ilmu dititikberatkan agar menjadi org yg berilmu dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ilmu itu cahaya dan x akan habis smpai bila2. Jesteru, proses memberi ilmu atau berkongsi ilmu merupakan pemberian yg amat bermakna bg mencapai high satisfaction di dalam diri setiap individu.

Imam Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata bahawasanya : Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu.

Berilmu, beriman dan beramal. Tanpa ilmu, hidup dalam kejahilan. Tanpa amal, ibarat pohon x berbuah. Apabila ada ilmu, yakin dan percaya seterusnya diterjemahkan dalam bentuk amalan agar kehidupan lebih bererti.
Sentuhan kasih sayang terhadap semua makhluk tuhan x kira manusia(mengikat silaturrahim, memberi salam, menghormati), binatang(x menendangnya, tidak menyakitkannya, tidak membunuhnya dgn sengaja), tumbuhan(x memetik bunga sesuka hati, sengaja mematahkan ranting, x beri air dan baja utk tanaman) atau alam (tidak membuang sampah merata2, tidak meludah dimana2) adalah bermakna. Dengan memberikan kasih sayang kepada semua makhluk, semua makhluk Tuhan akan menyayangi kita.
Tetiba teringat teori Maslow, mengenai Keperluan kasih sayang, which proposed by Abraham Maslow; Maslow’s hierarchy of needs.
Level 1: Keperluan Fizikal/ Fisiologi (keperluan asas; makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal)
Level 2: Keperluan Keselamatan (perlindungan diri dari ancaman bahaya, jaminan diri, keamanan keluarga)
Level 3: Keperluan Kasih Sayang (mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri.)
Level 4: Keperluan Penghargaan Kendiri (menghargai sifat2 istimewa seseorang individu sbg manusia yg unik dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan)
Level 5: Keperluan Penyempurnaan Kendiri (potensi seseorang yang mengetahui kelemahan dan kelebihannya; “What a man can be, he must be.”)
Keperluan kasih sayang ini amatlah penting bagi seseorang manusia. Malah, ALLAH menyayangi hamba2Nya yg berkasih sayang keranaNya.
Walaupun teori ini berperingkat, jangan hanya kerana demi memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan dan sosial, manusia sanggup menggadaikan harga diri demi memenuhi keperluan yang kononnya secara bersturktur ini. Cuma, teori ini adalah keperluan dalam kehidupan bagi meningkatkan motivasi kerja seseorang individu.
Jesteru, untuk hidup dan teruskan sisa hidup ini, lets remind ourself:
Hadis sahih Nabi Muhammad Sollallahu A’alaihi Wasallam yang bererti : “Manfaatkanlah lima (perkara) sebelum (datangnya) lima (perkara yang lain) : Hidupmu sebelum matimu, sehatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sempitmu, masa mudamu sebelum masa tuamu, dan kayamu sebelum miskinmu” – HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
Advertisements

difamación

Pantai yg membiru, ku tenung puas2. Melepaskan lelah dan beban dalam diri ini. Sudah berminggu-minggu cuba menguatkan diri. Yakin dengan kekuatan diri itu perlu dibina. Akhirnya, atas ajakan seorang sahabat, pantai ciptaan Tuhan menjadi destinasi memuhasabah diri. Teringat kata2 naqibah tempoh hari,

“Apabila kita melihat ciptaan ALLAH, maka di situlah kita mengenal Pencipta dan mengenal diri sbg hambaNya. ”

Cukuplah ALLAH bagiku. Verily, my happiness is my Iman, and verily, my Iman is in my heart and verily, my heart does not belong to anyone but Allah.

Ombak menghempas kuat. Sengaja diri ini membiarkan buih2 ombak itu bermain2 di kaki. Tenang. Kusut selama ini hilang. Ombak2 itu membuatkan diri ini, merenung dalam2 laut yg luas terbentang lagi dalam. Bagaimanakah kehidupan di lautan? Persoalan demi persoalan menerjah fikiran, mencetus rasa keinsafan, terkumat-kamit memuji Tuhan, pencipta alam. ALLAH itu Maha Memberi Rezeki. Laut yg luas itu, kemungkinan mempunyai kerajaan besar, meliputi semua hidupan lautan. Laut yg berlapis2 itu, adanya hidupan2 ciptaan ALLAH. SubhanALLAH. Di saat ini, diri merenung jauh ayat2 cinta ALLAH, apabila ombak makin kuat menerjah diri ini.

Firman ALLAH dalam Surah Ar-Rahman, ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Namu begitu, ketenanganku hanya sementara. Sahabat2 yg bersamaku, 8 orang kesemuanya. Perempuan. Namun, ada seorang ajnabi yg bersama. Kebetulan. Ianya tanpa dirancang. Hurmm..

Seronok bersama kalian berlapan. Namun, pergaulan tetap dijaga tatkala, semuanya masih muda dan belum berpunya. Bagaimana boleh terjadi begini?

Persoalan itu dijawab, apabila seorang sahabat mahu ajnabi itu ditemani oleh sahabatnya. “Takut plak, dia x biasa dgn orang lain”.

Ya, itulah jawapan dari segala fitnah bermula. Pengembaraan kami berlapan, hanyalah mahu melepaskan masalah dalam dalam diri dan menghayati ciptaan Tuhan. Tidak terlintas, dengan kehadiran ajnabi itu, kami leka dgn pergaulan bebas. Moga ALLAH selamatkan kami dari fitnah ini.

Menyelusuri tarikhul islam (Sejarah Islam) iaitu Hadith Ifk, atau Fitnah Ifk, untuk diri ini menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut.

Petikan Dari : http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/apakah-itu-hadith-al-ifk/

Hadithul Ifk ( حــديث الافــك ) ini bermaksud :

Peristiwa Dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya’ban 5 H. Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula ‘Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. ‘Aisyah keluar dari sekedupnya (pelana atau tempat duduk dr kayu yg dipasang) untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa ‘Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah ‘Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu’aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, isteri Rasul!” ‘Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas ‘Aisyah r.a. denga bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

Maka dengan sebab itulah Allah swt telah menurunkan beberapa ayat dalam surah an-Nur dengan tujuan untuk membebaskan Saidatina ‘Aisyah r.a dari belenggu berita bohong yang menjadi fitnah kepadanya.

Antara Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini ialah :

1. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah swt , janganlah sekali-kali kita berprasangka buruk dengan mana-mana muslim sekali pun dengan hanya berdalilkan atau bersandarkan kepada berita dan pengkhabaran dari mulut orang lain. Apa yang harus dilakukan ialah dengan memulakan setiap perkhabaran atau apa sahaja berita yang didengari dengan bersangka baik…Ini sebagaimana yang tersebut dalam (Surah AN-Nur, Ayat 12)

2. Hendaklah berhati-hati dalam menerima dan mempercayai setiap khabar yang sampai kepada kita. Kita dilarang untuk menyebarkan khabar tersebut selagi belum dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran khabar tersebut , kerana sesungguhnya setiap berita bohong yang kita sangkakan hanyalah perkara kecil , tetapi disisi Allah ianya adalah amat besar.( Surah AN-Nur, Ayat 15 )

“Macam x percaya, kamu yg bertudung labuh boleh ikut serta dengan seorang lelaki. Agak x molek. Pakaian je yg elok, tapi adab pergaulan x jaga.” Bertanyalah pada yg telah pergi bersama kami. Jangan membuat tuduhan melulu yg boleh merosakkan perhubungan saudara Islam.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Ya ALLAH, ujian buat diriku dan sahabat2 ku yg lain. Andai dengan 8 orang perempuan dgn seorang lelaki dikatakan fitnah, kami cuba mengelakkan lagi dr perkara2 sebegini berlaku. Jika 3 orang perempuan dgn seorang lelaki, disuruh teman dan menghantar balik ke rumah masing2, adakah x berlakunya fitnah?

Jesteru, peringatan untuk diri ini agar apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin by doing a research itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu. Moga ALLAH satukan hati kita dan hindarkan kita dari fitnah dunia.