Bahasa Melayu acuan Thesis

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk membangunkan versi Extreme Programming dan Scrum yang sesuai untuk kegunaan CAIRO. Proses yang terlibat adalah proses penggabungan dan proses pengubahsuaian bagi peranan ahli kumpulan projek, aktiviti dan artifak dalam melaksanakan Extreme Programming dan Scrum secara praktikal. Proses-proses ini digunakan untuk menghasilkan praktikal yang sesuai digunakan mengikut ciri-ciri organisasi dari segi saiz kumpulan pembangunan projek, saiz projek dan kepelbagaian kerja yang dilaksanakan. Kajian ini menghasilkan garis panduan untuk versi Extreme Programming dan Scrum yang sesuai digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan perisian. Selain itu, Model Penerimaan Teknologi digunakan untuk menilai penerimaan versi praktikal Extreme Programming dan Scrum di CAIRO. Data yang dikumpul dari hasil penilaian penerimaan menunjukkan bahawa penggunaan dan kegunaan versi praktikal Extreme Programming dan Scrum dapat meramalkan penerimaan terhadap implementasi versi praktikal yang disesuaikan dengan persekitaran CAIRO.

agak2, faham x..? baru tau, selama ini bahasa melayuku hancur.. huhu..

Advertisements