La Madre y La Vida

Tahun ni byk peristiwa yg berlaku, namu tiada satu pun yg dinukilkan dalam blog ini.. Oh, malasnya diri ini nk menulis ttg hidup. Cukuplah beritahuNya apa yg berlaku..

Namun, something special today.. Jari2 ni gatal utk menulis.. Mungkin kerna tempias pagi td..

Mengimbas kembali diri yg byk dosa dgn ibu yg melahirkan diri ini.. Akan ku ingat peristiwa itu.. Pagi itu, masing2 menyiapkan diri untuk ke sekolah. Aku sudah siap dan mahu keluar rumah.. Tiba2, ibuku memanggil, “Nana, tlg ambikkan bedak tu”. Tanpa disangka2, mulutku laju membalasnya dengan perkataan yg menyedihkan ibuku waktu itu.. Biarlah ianya rahsia dengan Tuhanku.. dan aku menyesal sepanjang hidupku.. Hari itu juga, aku seperti biasa bersiap ke sekolah. Van dtg mengambilku. Aku ditugaskan menutup pintu van kerna org yg terakhir naik van dan berada di pintu van. Sedang van laju menerkam waktu persekolahan, aku x sempat untuk menarik pintu van dan aku terjatuh dan diseret di atas jalan kerana tanganku masih memegang pintu van.. Habis calar dan darah yg mengalir di kaki dan tanganku. Aku menangis x berlagu. Aku dihantar ke rumah maktokku dan dirawat. Ibuku bergegas balik dan melihatku dengan sedih. Ayahku terus mengatakan inilah akibat menderhakai ibu. Oh, aku akan ingat peristiwa itu walaupun ianya berlaku tika aku masih di bangku sekolah rendah.

Bila aku menjengah di usia remaja, aku mengalami bisul @ jerawat di dalam hidungku. Saban hari, ianya membengkak sehingga wajahku menjadi wajah orang lain.Aku menderita sakit. Ibuku datang pada hari itu kepadaku dan menangis teresak melihat wajah anaknya yg membengkak. Hari itu juga aku dibawa ke Klinik Rosli dan melakukan pembedahan kecil beserta bius untuk membuang nanah dalam hidungku. Sepanjang pembedahan, ibuku menggenggam tanganku kerna dia x tahan melihat diriku menahan kesakitan apabila ubat bius mula hilang. Besar lubang di hidungku akibat pembedahan kerna membuang akar umbi nanah tersebut. Setiap hari tanpa jemu, ibuku memberikan Ubat Herba keluaran HPA dan menyapu tempat pembedahan. ALhamdulillah, berkat ALLAH yg menyembuhkan. Lubang di hidungku kembali bertaut seperti sedia kala. Oh, Tuhan, aku masih lagi mengingati peristiwa ini.

Peristiwa tersebut menjengah ke fikiran beberapa hari ini. Peristiwa seorang anak sultan membuatkan aku terkenang jasa dan rinduku pada ibuku.warkahSultan

Hatiku merintih sepi. Hanya doa kepada ibu yang menjadi teman hidupku. Oh Tuhan, ampunilah dosa ibuku dan sayangilah ibuku, kasihanilah dia, Ya ALLAH…

Pagi ini, aku tersentak lagi.. Hanya kerana 1 msg yg kubaca membuatkan aku ingin kembali semula ke dunia dulu. Benarlah ayat2 Tuhan, sesungguhnya, bila kita sudah mati dan melihat semuanya, kita akan menangisi dan memohon Tuhan kembalikan kita di dunia untuk membuat kebaikan yang banyak.

Mengimbau kembali waktu aku bertungkus lumus untuk mendapatkan diploma. Aku sanggup tidak balik ke rumah, dan sanggup pula tinggal di asrama tika waktu cuti. Kerana hatiku sudah kosong untuk kembali di rumah. Aku memenuhi hidupku dengan program2 mengasah bakat dan kemahiran diri. Aku pergi belajar agama di masjid2. Aku gembira dan bahagia tidak balik ke rumah. Bagiku rumah hanya mendatangkan byk masalah yg akan timbul di kemudian hari. Boleh dikira berapa hari yg aku berada di rumah selama 3 tahun pengajian ku di peringkat diploma.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, aku melangkah ke universiti untuk menggenggam pula segulung ijazah. Selama 2 setengah tahun aku di universiti, aku jarang balik ke rumah. Teman sebilikku selalu balik ontime lepas habis exam. Aku pula, kebetulan paperku yg plg akhir, aku lebih suka tinggal di asrama. Walaupun aku habis exam, tapi hatiku amat berat balik ke rumah. Tika asrama xde air pon, aku sanggup juga duduk di asrama bersusah-susah mencari air. Bayangkan, dari universiti, perlu naik 2 bus ke rumah. Bukan susah nk balik, tapi bila hati xde di rumah, semuanya akan rasa sbg beban dan alasan. Suatu hari, selepas aku kembali di rumah, ayahku memarahiku kerana aku mahu ke rumah maktokku. Aku balik ke universiti dan sanggup tidur di masjid universiti kerana ketika itu asrama tidak boleh didiami pelajar tika cuti semester. Aku sanggup minta kerja sementara di masjid universiti. AKu tumpang bilik kawan yang mengambil kursus bahasa inggeris jangka pendek. Sanggup aku buat semuanya kerana aku x tahan lagi duduk di rumah.

ALhamdulillah, dengan izin ALLAH, aku mengambil sarjana di sebuah universiti tempatan. Ketika aku kembali di rumah, umiku dan ayah memarahiku. kebetulan keluarga umiku juga turut serta memarahiku. Tika itu, hancur luluh seorang anak yg dahagakan kasih sayang seorang ibu bapa. Aku terasa asing dan berseorangan. Tika itu juga, Tuhan menghantar seseorang menemaniku sehingga akhir hayatku. ALhamdulillah, atas nikmat Tuhan yang x terhingga.

Tika aku berkahwin, aku berdoa pada Tuhan agar aku dikurniakan anak yg dapat mengikat kasih sayangku dengan keluarga. ALhamdulillah, ALLAH Maha Mendengar. ALLAH kurniakan anak buatku. Namun, tiada riak gembira menyambut cucu mereka sehinggalah anakku membesar dengan sihat dan sempurna. Syukur, alhamdulillah.

Pink-Tulips-Flowers-5

Sehingga hari ni, rasa x puas hati padaku masih ada dan rasa x mahu balik rumah tetap berakar dlm diriku. AKu x tahu sampai bila ianya akan berakhir. Aku terpaksa menumpang kasih orang lain dalam hidupku. Hidupku penuh dengan ukiran warna dan contengan. Oh, Tuhan, jadikanlah aku ibu yg terbaik utk anakku. Sesungguhnya seorang anak akan mengingati setiap kebaikan ibunya walaupun ibunya tiada dan anaknya sudah berdikari sendiri. Andai waktuku sudah tiba, jauhkanlah anakku mengalami nasib yg serupa denganku. Hilang kasih dan sayang dan terpaksa pula menagih simpati kasih orang lain. Malah menjauhkan diri dari rumah yg sepatutnya penuh rahmah dan kasih sayang.

Kehidupan mengajarku sesuatu yg bermakna dalam hidup. Ingatanku pada seorang ibu kan terpahat dalam sanubariku. DOa yg tulus kan sentiasa ku titipkan buatmu ibu. Kasih sayangmu kan ku ingati selalu dan aku ingin menjadi sepertimu. Oh Tuhan, kurniakanlah kasih sayangMu padaku.. Ku berharap esok kan cerah dengan kasih sayang yg melimpah ruah. Andai esok tiada lagi, matikanlah aku dalam husnul khotimah dan temukan aku dengan Rasulullah SAW dan ibuku di sana..

P/S: Oh, my mum and my life..

Advertisements