=)

Kaki melangkah laju menuju tempat dituju. Dalam hati, tersemat kata2 terakhir buat generasi yang bakal membuka jendela remaja. Melihat muka2 bersih, hati makin sayu untuk menyatakan rasa di hati. Sukar untuk meluahkan. Jesteru, kemaafan dipohon andai segala pengajaran dan perbuatan mengundang rasa resah di hati. Menyimpul rasa kesumat di jiwa. Niat utama hanya satu, teruslah bangun mendakap kejayaan dengan usaha.

Biar waktu berganti, namun nama kalian tetap di hati. Terukir di sudut hati, agar kalian menjadi insan yang berguna di kemudian hari.

Terngiang suara lantangmu, usikanmu, kedegilanmu bakal melarik lukisan terindah dalam lembaran hidup. Helaian hari tersimpan kemas. Sungguh, kalian adalah yang teristimewa di hati ini. Mencuri halaman di taman hati. Ingatlah daku di hati dan doa kalian.

Bermula dengan bertatih. Merencana suasana. Mengawal emosi. Membimbing arah agar tidak tersasar. Tanpa mengenal erti penat dan jemu, senyumanmu menghilangkan segala rasa.

Hari ini, misi Ramadhan dan cita2 melenyapkan segalanya. Selamatlah segalanya wahai adik2ku..

 

p/s : Bingkisan khas buat,

Tingkatan 1, 2 (Geografi)

Tahun 4, 5, 6 (Mathemathics)

Tahun 2, 3 (Science and Mathematics)

Advertisements

Dilema

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTAMU ILAHI…
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya untuk dapatkan RAHMAT dariMU….

(forheart – Dilema Cinta Ini)

Bestnyer tgk orang dah konvo. Terasa jugak. Namun, segala yang terjadi ada hikmahnya. Menyalahkan taqdir seperti menyalahkan ketentuan Ilahi. Moga apa yang dirasakan sekarang menguji cintaku padaNya. Tuhan menguji kerana kasihNya pada hamba.