Kenal raja hati

Andai tercetus konflik, walau sedalam mana pun perbezaan, segeralah insaf bahawa yang berselisih dengan kita itu bukan musuh.

Apa yang berlaku bukan kerana kita bergaduh tetapi perselisihan adalah manifestasi daripada perbezaan, yang semestinya wujud bagi setiap pasangan.

Kerana itu, walau sebesar mana kesalahan yang dilakukan, dialah pasangan kita, yang kita sayang, bukan hanya untuk dunia tetapi juga akhirat. Jangan dilupakan, kita sendiri pun tentu ada berbuat salah kepadanya.
Imbaslah pada kasih sayang yang dianyam sekian lama. Itulah polisi cinta yang sebenarnya. Cinta sememangnya menyatukan dua insan yang berbeza, berbeza jantina, latar belakang, pendirian, pengalaman, didikan dan segala-galanya. Daripada perbezaan yang disatukan itulah lahirnya persefahaman dan perasaan mahu saling melengkapi.

Untuk menghadamkan proses itu, berkorban dan bertolak-ansur paling perlu yang kesemuanya harus dikunyah dengan penuh restu dan reda atas nama kasih sayang. Jadi, apa nak digusarkan dengan perbezaan?

– http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/hikmah-suami-isteri-bergaduh-1.28724

Menekuni bait2 motivasi.. Menalar makna diri..  Mengusapi jiwa yang penuh emosi.. Mahu kembali ke fitrah insani.. Hidup ini adalah satu perjalanan.. Suatu hari akan ada titik noktah perjalanan.. kematian.. Bertanya diri yang penuh dosa, adakah puas dengan cara begini? Masih adakah pahala untuk diri ini? Bergelar isteri, namun kurang pahala isteri, malah yakinkah dapat redha suami? Terngiang2 hadis nabi kekasih hati, yg maksudnya, masuklah mana2 pintu syurga, andai si isteri menjaga solatnya, menjaga puasanya, menjaga kemaluannya serta menjaga hati suaminya.. Adakah aku tergolong dalam golongan yang disebutkan nabi?

Walaupun, hati masih panas, sekit hati, geram, malah tidak boleh menerima yang diungkapkannya, namun kerana sayangkan nabi dan ALLAH, pasti hati ini mula melebur kemarahannya.. Sukar untuk diterima tapi mungkinkah aku dapat kembali menghirup udara di daerah berpahala ini.. Adakah ALLAH redha dengan sikapku? Oh, ALLAH, maafkanku.. Duhai hati, kembalilah memahami usul diri, yang hanya untuk mencapai redha ILahi dengan redhanya kau kan mula tenang dan bahagia kerana telah cuba mengikut apa kata Nabi..

suami isteri sahabat

Apa lagi yang kau perlukan dari dunia ini, selain dari mendapat pahala dan redhaNya? Bila kau mati dan dikafankan di alam barzakh nanti, pasti kau kan temui sesalan yang x berguna lagi.. Mengharap belas kasihan dariNya kerana pahalamu kurang dan amalmu tiada kerna tidek mendapat redhanya..

Oh hati, lembutlah di kau.. Hanya itu sahaja yang mampu untuk kau melihat kesilapan diri sendiri berbanding melihat kesalahan orang lain..

P/S: Hidupku, matiku hanyalah untuk ALLAH.. moga selamanya tagline ini bernafas dalam diri yang kerdil penuh dosa..

Advertisements