I Know You Care..

“Akak kena kahwin tahun ni jugak. Selagi akak x kahwin, selagi tu masalah akak tak selesai.”

 

Telinga masih bergetar mendengar perbualan seorang kakak dengan adiknya. Jelas suaranya. Mungkin kerana ingin memberikan penjelasan, nada suara agak kuat. Seketika beristighfar. Baik sungguh adiknya, tahu maslahat seorang kakak. Namun kenapa?

 

“Kalau akak bertangguh lagi, sampai bila? Sanggup menanggung dosa percuma? Walau belum mampu, teruskan yang wajib. Jangan bertangguh bila ia membabitkan 2 hati. Akak boleh jamin yang akak x buat dosa sepanjang perhubungan?”

 

Hurmm.. Sambil berlalu dari kawasan itu, terkadang berfikir. Petah betul adiknya berbicara. Mungkin ada yang dibincangkan antara dua beradik. Tapi yang pastinya, lebih kepada MENJAGA.

 

Masih belum mampu, tapi masih berkehendak kepada perkahwinan. Bolehkah? Satu persoalan yang belum wujud sebelum ini. Namun sekarang ligat memikirnya. Mungkin kerana usia yang sudah menjangkau setengah abad, persoalan itu sentiasa bermain2.

 

 

Yang pasti, mudahkan apa yang perlu dimudahkan. Jauhkan dari merumitkannya. Zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Duit sudah menjadi keperluan mendesak. Tapi adakah duit menjadi Tuhan diri? Duit menjadi penggerak insani? Duit jadi penghalang kahwin muda? Yang menanggung sakitnya jiwa, deritanya batin hanya akibat duit belum mencukupi. ALLAH menjanjikan kepada pasangan yang ingin berkahwin akan rezeki yang tidak disangka2. Kemudahan yang ALLAH berikan untuk mengikat ikatan perkahwinan. Adakah belum cukup kepastian. Banyak perkara yang perlu cakna sebelum melangsungkan kesatuan dua hati ini.

 

Firman ALLAH dalam Surah An-Nur: Ayat 32, maksudnya:

“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

 

Firman ALLAH dalam Surah Saba’: Ayat 39, maksudnya:

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”

 

Kata2 semangat yang diberikan oleh ALLAH kepada hambaNya. Memang takut nak menghadapi ke alam baru, kerana belum bersedia atau belum cukup duit, tapi, ALLAH sudah menjanjikan yang terbaik kepada hamba2Nya. Dan ALLAH tidak akan menzalimi hambaNya dengan membiarkan dua pasangan hidup merana kerana kesempitan wang. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayuh betulkan mind set, luruskan niat, kembalikan semangat yang baru bagi mencari kesempurnaan hidup.

 

Langsungkan pembacaan di artikel berikut : Tambah Rezeki Dengan Berkahwin
( http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2442-tambah-rezeki-dengan-berkahwin.html )

 

P/S: Berusaha agar semuanya kembali “tenang”.

Advertisements

Bicara ABCD

Apabila usia meningkat, tentulah sudah tiba masanya mencari teman di hati..

Namun banyak yang perlu dijaga. Redha ALLAH mengatasi segalanya. Keberkatan perhubungan yang perlu dititik beratkan.

Mengenali seseorang yang berlainan jantina adalah suatu lumrah bagi setiap manusia. Andai perhubungan dijaga, ia akan sentiasa kekal dalam takut akan dosa yang terlintas di hati.

Fitrah bagi manusia untuk mendirikan rumah tangga. Malah ia dituntut dalam Islam. Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam juga menyarankan umatnya melengkapi naluri seorang manusia.

Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:

من أحب فطرتي فليستن بسنتي ومن سنتي النكاح

Ertinya: “Barangsiapa yang senang pada fitrahku, maka hendaklah dia mengikut sunnahku dan di antara sunnahku adalah bernikah” (Ibnu Majah)

A. Sebelum memulakan perhubungan, maka niatlah dari hati yang tulus, berkawan kerana ALLAH dan menjadikannya sbg bakal zauj atau zaujah. Jauhi niat mempermainkan seseorang atau menambah koleksi kawan. Hidup ini bukannya padang permainan atau main2. Sia2lah hidup yang hanya diberi sekali. Setelah itu, maklumkan kepada ibu dan bapa akan perkara ini agar mereka lah yang pertama mendapat tahu ttg berita tersebut.

B. Sepanjang perhubungan, kurangkanlah berkomunikasi kerana belum tentu dia milik kita. Carilah keberkatan dalam perhubungan. Redha ALLAH dan Keberkatan amatlah kita harapkan dari setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini. Jauhkanlah dari berjumpa, kerana dengan berjumpa akan terdetik lintasan2 yg belum tentu kita dapat mengawalnya. Hati itu raja dalam diri. Biar hati ini dibaja dengan sifat malu sbg perisai agar terpancar akhlak yang baik.

C. Saat berkhitbah atau bertunang, jauhkanlah dari mengungkapkan perkataan yang meruntun jiwa dan melalaikan hati. Hati kita cuma satu, One Heart. Andai ia rosak kerana dibuai nafsu dan angan2, maka rosaklah perancangan masa depan. Di saat ini, persiapan mental dan fizikal perlu dilipatgandakan. Tanggungjawab ke alam baru amatlah berat. Hidup bersama bukan untuk sehari tapi untuk selamanya.

D. Tiba saatnya bergelar isteri. Saat lafaz sakinah bermula. Alam baru mula menghiasi laman diari kehidupan. Gedung segala pahala. Pelengkap kehidupan seorang manusia. Syurga dunia anugerah dari Yang Maha Esa. Keberkatan menjaga perhubungan membiaskan cahaya keberkatan di alam perkahwinan. Bagi seorang perempuan pula, segala yang dilakukannya hendaklah meminta izin dari suaminya. Tanggungjawab menjaganya sudah berpindah kepada seorang zauj dari seorang ayah. Hubungan antara kedua belah keluarga perlu dijaga bagi menjaga keharmonian dalam perhubungan.


Bicara ABCD adalah lumrah kehidupan seorang manusia. Mantapkan diri. Ia bermula dari pembentukan individu seorang muslim sebelum melangkah ke alam perkahwinan atau baitul muslim. Jesteru mensolehahkan diri adalah suatu anjakan paradigma bagi melahirkan individu yang bertaqwa kepada ALLAH.

Jadilah seseorang yang dapat memberi contoh atau tauladan yang baik kepada diri sendiri. (Pesanan untuk diri)