Feliz aniversario mi amor!

Pada 29 Octubre 2011..~ Saya telah sah menjadi isteri kepada Azri Amin Che Din. Akad Nikahku di Masjid Taman Intan, Sungai Petani bersaksikan waliku, ayah, Sulaiman Yasin dan bapa mertua, Che Din Muhamad.

feliz-aniversario

Kini, 29 Octubre 2013..~ Alhamdulillah, genap 2 tahun saya menjadi isterinya.. Moga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa mekar mewangi dalam kasih sayangNya, rahmatNya serta redhaNya..~

Ingat nak rai kat kedai mamak je.. Tapi my lovely zauj buat surprise makan di Domino’s Pizza.. hihi.. Alhamdulillah, kenyang dan syukur atas segala nikmatNya..~

walimatul urus

P/S: Ya ALLAH, alirkanlah kasih sayangMu pada diriku dan suamiku agar kami sentiasa dalam berada dalam kasih sayangMu.. Ya ALLAH, kekalkanlah kemesraan di antara hati2 kami..~

mis historias

Berbulan-bulan x update blog ni. Ntah tetiba dtg semangat nak tgk blog yang dah usang.. Mungkin semangat menulis dah kembali.. Chaiyyok2 for research..~

Bulan ABRIL..` – Ayahku meninggalkanku pada 16 April 2013. Moga ALLAH mengampuni dosanya, mengasihinya dan menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman..~

Bulan MAYO..` – Kelahiran amanahku, AMRI HUSAINI ke dunia pada 19 May 2013.. Moga ALLAH memberikannya kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh serta qurratul a’yun pada umi dan walidnya..~

Bulan JUNIO..` – Satu2nya adik perempuanku telah selamat diijabkabulkan pada 29 June 2013.. Moga berbahagia hingga ke syurga..~

Bulan JULIO..` – Berpuasa Ramadhan di Kajang Utama.. Moga ALLAH menerima segala amal kebajikan yg telah dilaksanakan.. Moga bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan..~

Bulan AGOSTO..` – Berhari Raya Aidilfitri di Kelantan.

Bulan SEPTIEMBRE..` – Daftar belajar untuk semester ke-3. Moga semester kali ini lebih bersemangat dan kuat menghadapi dugaan..~

Melancong ke Sabah sebagai hadiah honeymoon dari zauji yang disayangi.. Moga ALLAH memberikan abg kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur dan diberkati hidup..~

Bulan OCTUBRE..` – Mendapat berita terkejut mengenai adik. Moga ALLAH memberinya hidayah dan keselamatan dimana sahaja dia berada..~ ALLAH lebih tahu sedihnya hati namun ALLAH Maha Mengetahui apa yang terjadi.. Redha dan cuba untuk fikir +ve.

ALLAH! ALLAH! ALLAH! Kuatkan hambaMu ini..~