gracias ALLAH

Alhamdulillah, segalanya selamat dan dipermudahkan urusanNya pada tanggal 20 Januari 2012. Masih berdebar walau it is the third time im presents the same study, processes that never ends. Nasib baik ada ‘special’ di sisi. Boleh hard cover muka ni dgn english yg berterabur.. =) But, today is my most memorable day. Dapat pula kenal dengan Prof Madya Dr Hajjah Salwani Daud sbg examiner. Education background amatlah mengujakan. One of the most successful muslimah. Moga menjadi contoh buat da’ie dan professional di sana (termasuk dgn diri sendiri)

Masih terkenang kata2 sahabat yg berkata: “Jangan terlalu berbangga dengan apa yang ada pasangan kita. Kita belum kenal dia luar dan dalam. Merasa pasangan adalah hebat itu bagus, tapi jangan menjadikannya bandingan dengan orang lain”

Sekali pandang, terasa pedasnya ayat. Namun, bila diterjemahkan mengikut naluri hati yang dalam, ia bermaksud, tiada siapa yang lebih hebat melainkan ALLAH. Setinggi mana pun pangkat dan kedudukan pasangan kita, ia cumalah pinjaman dari ALLAH. Ianya sbg ujian dan tarbiah melihat diri kita menilai serta menerimanya dengan hati atau kerana hendakkan nama.

ALLAH boleh berikan pelbagai kemudahan, rezeki, pangkat dan nama kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan DIA berhak mengambil kembali apa yang dipunyainya atau dipinjamkan kepada manusia tanpa mengira waktu. Tiadak ada sesuatu pun yang hakiki milik manusia hatta roh atau jasad. Setiap hela nafas, setiap gerak tangan, setiap degup jantung dan setiap derap kaki manusia merupakan dalam pengetahuan ALLAH kerana semuanya milikNya.

Jesteru, antara kau dan aku adalah sama. Tiada beza. Masih berasal dari tanah. Asal dari air mani yang kotor. Bakal menghuni tanah yang merah. Masihkah lagi ada sisa2 kesombongan dalam diri, dengan mendabik dada dialah terhebat dan pasangannyalah yang lebih berpengalaman dan berharta? (Tepuk2 iman)

Terpanggil jua, berkongsi sepotong ayat hasil dari tazkirah Masjid Usamah bin Zaid tempoh hari. (Alhamdulillah, ada santapan rohani), resepi kebahagiaan pasangan suami isteri adalah dengan menjaga ALLAH. Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH menjagamu..~

“Adik2, ingat, kalau nak bercouple sekarang, ingat anak2 kita juga akan mengikut jejak langkah kita dengan bercouple kerana kita sendiri yang tidak menjaga ALLAH dalam pergaulan. Bagaimana mungkin ALLAH menjaga kita di kala kita membelakangiNya untuk memuaskan rasa hati kita pada yang masih haram dengan kita pada ketika itu. Jika mahu anak yang soleh, solehahkan diri kita. Jangan terlalu memburu perasaan yang sementara, membuai nafsu yang tidak akan habis, melayani kehendak syaitan tanpa kita rasa ianya perbuatan berdosa..” Terselit suara dari kenangan lalu membuatkan daku tersenyum apabila ustaz berkongsi pengalamannya dalam situasi, bercouple bertahun2, berkahwin hanya sehari.

Mari nilailah hati, kupas sifat mazmumah yang merajai diri, penuhilah dgn azam sifat mahmudah yang murni, agar Rasulullah sbg ikutan sepanjang hari dan ALLAH sentiasa berdenyut dalam urat sendi.

http://www.youtube.com/watch?v=WzIycWF_1qw (Lagu menusuk kalbu.. Moga menjadi halwa telinga..)

Advertisements

2012, es el comienzo

Cerita 1

“Akak, sy nk jumpa akak bertanyakan beberapa perkara. Tapi sy malu nk jumpe. Sy berada di hadapan CAIRO skrg.”

Malu itu semakin meresahkanku kerna malu itu perlu diletakkan pada tempatnya. Entah dari mana kekuatan malu sehingga merasa diri kerdil. Hanya mahu berjumpa dengan Industrial mentor penyelidikanku untuk menyatakan dokumentasi yang belum pernah cukup.

“I know you have family problems and implications but you have to know your responsibility in your study.”

Luahan seorang Dr. yang amat teliti penyelidikannya hinggakan terbias ketelitiannya pada penyelidikanku. Sebak bila ditegur begitu. Ya, fasa kali ini adalah fasa baru bagiku meneruskan kehidupan dan menggalas tanggungjawab. Pelbagai perkara baru yang dihadapi. Pelbagai aneka rasa yang dihadami.

Malu.Perasaan yang tidak dapat dikawal bila berjumpa rakan seperjuangan dan client. Setiap kali berjumpa dengan mereka, perasaan rendah diri amatlah menebal. Mana tidaknya, sudah 8 bulan daku bergelumang dengan perkara yang sama, dan orang2 yang sama. Mencari bukti dan penemuan baru dalam penyelidikan. Bulan berganti bulan, orang berganti orang.

Positifkan minda dengan sepotong mutiara kata dari murrabi yg dihormati, Setinggi2 ilmu adalah sabar, setinggi2 sabar adalah redha. Kupujuk hati, andai redha atas ketentuan menjadi nadi diri, usah mengeluh dengan apa yang telah terjadi.

Bersyukur kali ini, perjuanganku tidak bersendirian. Ada sokongan padu dari suami yang memahami. Terima kasih Tuhan atas kurniaanMu yang tidak terperi.

Cerita 2

Sudah lama belum ketemu ibu. Namun, doa sentiasa mengiringinya, agar sentiasa berada di kalangan orang2 yg soleh. Masih lagi tersisa rasa rindukannya. Walau di sekelilingku kasih sayang mekar harum di taman kehidupan tapi tidak kan setanding rindu padamu, mak. Belum ku beritahu lagi siapa dan bagaimana rupa paras pemilik cintaku. Kini, anakmu sudah berganjak ke alam baru. Alam yang memerlukanmu sebagai teman berkongsi rasa. Segala urusanku dan ceritaku hanya disemadikan dalam diari hatiku. Ingin membuka cerita sambil bergelak ketawa, sudah menjadi cebisan kenangan buatku. Oh, rindunya saat itu.

Mungkin sudah lama belum ku temu dirimu, menjadikanku sang perindu yang sentiasa menghayati bait2 nasihat yang kau pernah ungkapkan dahulu. Belum puas lagi, daku bersama denganmu untuk belajar erti kehidupan sebenar. Segala tingkah lakumu dulu menjadi contoh buatku agar menjalani denai2 kehidupan dengan penuh kasih sayang. Kaulah ibu, yang mengajarku erti sabar dan redha dalam hidupmu. Gemersik rinduku syahdu bila menghadiahkan pahala buatmu. Walau jauh dirimu beribu batu, tapi daku yakin akan pertemuan denganmu suatu hari nanti. Oh, rindunya..

Wahai ibu, daku masih tergagap2 dalam kegelapan mencari erti sebenar seorang isteri yang ingin menjadi yang terbaik buat suaminya. Masih kaku dan banyak perkara yang belum diketahui. Ketahuilah ibuku, setiap ibu pasti ingin menghadiahkan anaknya yang berkahwin, azimat2 berharga untuk melayari rumahtangganya. Daku tahu, kau sentiasa bersamaku walau beribu batu. Oh, rindunya pada ketenangan wajahmu..

Belum pernah daku bercerita mengenai lelaki padamu. Sungguh malu ketika itu untuk berkongsi rasa di alam remaja. Namun, kini daku bersedia berkongsi segalanya. Sudah 26 tahun umur anakmu. Ingin ku alirkan rasa mahabbah ini pada yang berhak. Moga ianya berkekalan hingga ke syurga. Oh, rindunya pada kelembutan tanganmu mengusap daku..

Kek batik pertama kali dibuat sbg tanda rinduku.. hehe.. Belum boleh dicabar kek batik buatan ibu. Moga ianya suatu permulaan. Ya Tuhanku, Jadikanku tabah menghadapi alam baru yang belum kuketahui cabarannya. Kerna ku tahu, KAU tidak kan menguji diriku andai daku tidak mampu menanganinya.

Cerita 3

“Kenapa akak sanggup jaga suami akak yang sudah gila? Saya kasihankan akak. Banyak yang perlu ditanggung. Karenah suami, anak2.”

“Itu semua adalah tanggungjawab. Akak dah terima dia seadanya. Akak perlu juga terima ketika dia sakit dan susah. Walaubagaimanapun keadaan suami akak, dia tetap suami akak selamanya”

Kisah Ikan Bakar dari slot cerekarama TV3, menginsafi diri sebagai seorang isteri yang tidak sampai 5 bulan berumahtangga dengan jejaka pilihan. Mendalam maksudnya. Berikut adalah keratan sinopsis Ikan Bakar,

“Mengisahkan mengenai Baharom, seorang bapa yang normal. Bagaimanapun, selepas sembuh dari penyakit misteri, dia bertukar menjadi seperti orang kurang siuman tetapi tidak pernah menganggu sesiapa. Sikapnya saling tidak tumpah seperti kanak-kanak terencat akal dan tidak boleh menyebut sesuatu perkataan dengan jelas semasa bercakap membuatkan dia jadi bahan gurauan penduduk kampung.

Baharom memiliki seorang isteri yang sangat sayangkannya. Shakinah amat bersabar melayan kerenah suaminya yang mengalahkan kanak-kanak. Baharom dilayan dan dimanja seperti kanak-kanak olehnya. Tidak pernah sekalipun Shakinah merungut atau menyesal dengan keadaan suaminya dan Shakinah akur dengan kehendak takdir Tuhan.

Shakinah tidak lekang memberikan senyuman buat suaminya sedangkan dalam hatinya menangis. Segala pakai dan makan suaminya amat diambil berat oleh Shakinah. Ramai penduduk kampong yang memuji kesabaran Shakinah yang taat dengan suaminya. Sikap Shakinah juga membuatkan anaknya tunggal mereka, Bakar cemburu.”

Sebagai isteri, belum mampu kita menterjemahkan kasih sayang dalam melakukan semua perkara untuk suami. Jesteru, sy menyeru diri yang kerdil ini, menilai kembali keikhlasan hati menerima suami sepenuh hati. Keikhlasan tidak dapat dinilai dengan kata2, tapi perbuatan yang diterjemahkan dari hati yang redha dan pasrah dengan segala ketentuan ILahi. Di kala suami masih sihat dan sederhana, kita boleh menerimanya. Bagaimana pula ketika suami dilanda masalah, ketika dirinya dilanda kesakitan yg memerlukan masa yang lama untuk menyembuhkannya, dan ketika si dia tiada apa2 yg perlu dberi pada kita. Nilaiannya adalah ikhlas dan sabar diuji. Sanggupkah daku mengharunginya? Adakah daku menerimanya sepenuh jiwaku? Model ikutan adalah Sayyidatina Khadijah r.a, Asiah isteri Firaun dan Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. Tersingkap sirah, menjadi ikutan sepanjang zaman. Ketabahan dan ketaatan pada suami menjadi kekuatan iman. Moga impian menjadi bidadari bersamanya di syurga nanti menjadi kenyataan.

Allahumma allif baina qulubina, wa aslih za ta bainina..
Ya ALLAH, eratkanlah ikatan hati & kasih kami, Ya ALLAH, perelokkanlah dalam hubungan kasih sayang kami..