feliz cumpleaños, mi hijo pequeño

19 May 2013 – 19 May 2014

Setahun usia anakku.. Sekejap masa berlalu..

Kesakitan yg dahulu kian hilang dengan anak membesar di depan mata. Senyumannya mengubat duka dan letih seorang ibu. Kini, tika bergelar ibu, baru kutahu, kegembiraan seorang ibu melihat anaknya gembira..

Susah nk digambarkan dengan kata2.. Hanya perasaan seorang ibu dapat menilai senyum tawa seorang anak. Tidak dinafikan, kini, aku berjauhan dengannya kerna menuntut ilmu.. Itulah pengorbanan seorang anak yg susah untuk ditafsirkan kerana dia belum mengerti hidup berjauhan. Aku yg merasainya tahu perit rindu ditanggung, ingin melihat setiap detik bersamanya. Namun, tanggungjawab untuk mendidik ummah di kemudian hari tergalas di bahuku.

mybaby

Berperang dengan perasaan sendiri. Perasaan ingin berjaya dan mendampingi anak dan suami. Ku tinggalkan semua hanya kerana sebuah misi. Misi yg penuh dengan dugaan atas kelemahanku. Namun, aku belum tewas di medan ilmu. Suami dan anak sumber inspirasi agar aku tidak jatuh dua kali.

Tuhan berikanku, kekuatan menempuh segalanya dalam PhD, mudahkan perjalanan ilmuku..

Buat anakku, Selamat Hari Lahir yang pertama, 1 tahun.. Moga dirimu dilimpahi redhaNya, rahmatNya, dan kasih sayangNya. Ya ALLAH, berikanlah kesihatan yang baik padanya dan panjangkan usianya agar dia menjadi sumber pahala tika ku di alam kubur kelak. Jadikan dia, anak yg soleh, mendengar kata ibu bapanya dan taat pada perintahMu. Jadikan al-quran dan masjid kesukaannya. Moga ALLAH menjaganya sepanjang hidupnya..

2014-05-12

2013-06-24 11.01.43