Lenggang Perut..

Pada 27 March yang lalu, iaitu malam Khamis telah diadakan Majlis Solat Hajat sempena mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan abah  serta keselamatan untuk baby yg dh 8 bulan berada di perut. Majlis tersebut merupakan cadangan dan idea dari mama sejak 5 bulan yang lalu. Ini kerana, “lenggang perut” merupakan salah satu adat yang masih diamalkan di negeri serambi Mekah ini.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. (Source: Wikipedia)

33w

Tapi ketika itu, hanya menadah telinga mendengar cerita mama sbb x terlintas dalam kepala nak buat jugak adat ni. Namun, setelah baby berusia 8 bulan, tiba2 myLovely plak yang cadangkan nak buat Solat Hajat (lebey kurang lenggang jugak la.. :D). Angguk2 je la. Tapi, mmg appreciate sbb, hadiah yg teristimewa tu. 🙂 Moga ALLAH menerima hajat2 kami, Dipermudahkan bersalin dan Disembuhkan abah.

Boleh tahan jugak, orang yang hadir pada Majlis Solat Hajat. Dengan Gulai daging dan Ayam masak pedas, ditambah acar, tembikai dan agar2 cukup membuatkan hadirin terliur, termasuklah diri ini. 😀

Moga ALLAH menerima amalan2 kami dan makbulkan hajat kami. Hanya ALLAH yang tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang dan tersirat. KepadaNyalah, kami berserah segala urusan.

doa1

Advertisements

Menggapai erti qana’ah

Pabila mendaftar diri belajar ke asrama penuh, daku diajar untuk berdikari. Berdiri atas kaki sendiri. Ketika itu, belum mampu menafsir nilai wang yang ada di tangan. Yang mampu hanyalah menelefon ibu ketika kehabisan wang. Disana, daku melihat rakan2 yang membeli peralatan diri melebihi keperluan. Tapi, hati tidak berasa memerlukan kerana tahu kedudukan kewangan parents yang perlu menanggung kos sara hidup 5 beradik yang lain. Tidurku hanya beralaskan sebiji bantal dan selimut. Tiada bantal lebih atau aksesori atas katil. Begitu juga di dalam locker. Hanya ada beberapa baju sendiri yang boleh dibilang. Selainnya, adalah baju yang dihadiahkan kepadaku. Cuma di asrama, almariku penuh dengan ubatan.

Pernah suatu ketika menemani ibu ke pasar malam. Kadang terlihat jua dompet ibu yang sudah kehabisan duit untuk membeli makanan untuk anaknya. Belum mengerti perasaan ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya. Kelihatan, ibu mengambil duit yang disimpan secara rahsia dalam dompetnya. Sungguh, ketika itu, belum mengerti sepenuhnya.

Pabila meningkat dewasa, daku cuba belajar dari kesusahan ibu bapaku untuk menampung keperluan kami adik beradik. Menjadi penebar roti dan pembuat kuah roti canai, bukannya profesion utama ibu bapaku. Tapi, sanggup bersengkang mata dan menghapuskan letih mengajar seharian di sekolah semata untuk mendapatkan wang tambahan. Pernah kudengar, ibu meminjam duit kerna x cukup gajinya untuk memberi kemudahan pada anaknya. Bayangkan, 6 beradik yang rata2nya bersekolah, dan dihantar tuisyen, serta dihantar mengaji alquran. Semuanya memerlukan duit yg banyak.

Namun belum pernah mendengar keluhan ibu, cumanya ibu minta dirinya difahami akan situasinya. Kejadian eksiden kereta beberapa kali juga membuatkan ibu dan ayah sudah kehabisan idea untuk mencari wang lebih. Pendidikan anak perlu diteruskan. Daku berada dalam keadaan itu, cuma belum memahami sepenuhnya dek akal yang belum menjangkau lebih dari itu. Sekadar melihat dan membuat analisis sendiri.

redha

Hari berganti hari, daku membesar dan melanjutkan pelajaran. Ketika ini, kehilangan ibu,  belum mematahkan semangatku untuk belajar. Namun, daku seolah-olah diperkenalkan dengan suasana baru, yg belum pernah aku alami sebelum ni. Makan di luar dan kadang di restoran yang ada nama, serta makanan barat merupakan sesuatu yg baru dalam hidupku. Bapaku pula ditransformasikan kepada pakaian yg berjenama, kasut2 baru, henset baru..

Teringat daku pernah melihat kasutnya yang usang, baju HPA yang diberikan oleh ibu dipakainya saban hari ke sekolah dan boleh dikira helai baju nya. Urusan baju sekolah ayah diuruskan olehku dan adik perempuan. Maka, aku tahu pakaian2 ayah yg lusuh. Mungkin zaman yg berbeza.

Di asrama, perbelanjaanku seharian adalah daripada PTPTN. Kira, bertuah juga sbb ada sumber kewangan ketika itu walaupun istilah “PINJAM”  itu menghantui. Duit yang kudapat setiap semester, kugunakan untuk membeli buku2 tebal ketika itu. Malah, menggunakan komputer ibu yang ber’windows’kan 95 itu. Ku usung kesana ke sini bagi memudahkan kerjaku. Namun, komputer yang sudah lama itu selalu ada masalah. Maka, selalu kelihatan diriku dan komputer yg besar gedabak itu di CC kolej untuk dibaiki. Duitku banyak dihabiskan untuk membaiki komputer untuk penerusan kerja2 assignmentku. Dahla sorang2 angkat komputer yg berat pergi ulang alik ke CC. Penah suatu ketika, beli CPU baru sbb CPU lama guna modem lama dan RAM yang sedikit. X lama selepas itu, cicak plak mati dalam CPU tu, habis berasap CPU.

Namun, kawan2 sekuliah, boleh dikatakan semuanya menggunakan laptop. Siap ada printer lagi. Hanset plak selalu bertukar. Daku x pernah teringin untuk membeli dan menggunakannya, kerna daku tahu, duit pinjaman bukannya menukar barangan baru. Selagi boleh digunakan, daku menggunakannya tanpa berkeluh kesah atau mengadu pada ayah.

dear heart

Pabila melanjutkan pelajaran ke U, daku mengusung komputer ibu tersebut ke kolej. Rata2 kawan2 U, semuanya, menggendong laptop ke hulu ke hilir. Tambahan pula, daku merupakan pelajar IT, perlunya komputer yg bersifat mobile sbb setiap project buat di komputer. Tapi, belum pernah lagi meminta pada ayah, untuk belikan laptop. Sehingga, pernah suatu ketika, diperli lecurer ketika hadir workshop. Semua file yg daku belajar hilang di komputer lab. Dia berkata, “Sbb tulah, org nk pakai laptop”. Tersengih kambing diriku ketika itu. Sekali lagi PTPTN, membiayai kehidupanku di U. Ketika CPU rosak dek virus, daku tanpa malu mengusung CPU ke kedai. Kadang, dalam group discussion, semuanya datang dgn laptop masing2, daku dtg dengan pen dan kertas serta pendrive. Tu je harta yg berharga ketika itu. Ketika di U, printer dibeli dengan duit PTPTN yang kudapat. Hampir kesemua perbelanjaanku, mengharapkan PTPTN.

Pabila berpraktikal di ibu kota, inilah pertama kali daku minta pada ayah untuk belikan laptop sbb susah untuk aku mengusung CPU dan Monitor ke KL. Ketika ini, aku dimarahi kerana, pintaku terlalu tinggi.. Tiba di ibukota, ibubapaku menemani mencari rumah sewa. Dalam masa yg sama, daku dileteri kerana menyusahkan. Sbb company tu kecil je. Bos yg daku kenal merupakan trainer ketika di U dulu. Dia yg tawarkan untuk daku menimba pengalaman di sana. Ketika mencari rumah sewa, rumah kedai dipilih menjadi tempat berteduh kerana jaraknya yg dekat dengan company. Boleh jalan kaki je.

Tapi, hanya ALLAH yg tahu, walaupun bayaran sewa untuk bilik murah, tapi tandasnya perlu dikongsi dengan pasangan indon yang lain. Yang sedihnya, diluar bilik adalah dapur yang tidak dijaga , penuh dengan lipas dan tikus lari berganti. Setiap hari makan, beli sbb rasa kotor plak untuk masak.  Bilik yg kecil tu, merangkap udara. Ini bermaksud, walaupun ada kipas, tapi tetap panas. Sehingga rumate beli kipas lain untuk mengelakkan berpeluh yg amat sangat. Sidai baju pon, dalam bilik, itupun hari minggu. Lapik dengan plastik toto yang dibeli. Ketika ini, rumate tulah yg byk belikan brg2 letrik. Kerna, daku hanya bergantung duit PTPTN yg disimpan. Setiap pagi, dikejutkan dengan nyanyian bangla sebelah tingkap. Dan setiap pagi juga berebut bilik air dengan lelaki indon yg merupakan pasangan yg menetap di rumah kedai tersebut. Rumah kedai tersebut telah dibahagikan kepada 4 bahagian, dengan berkongsi satu tandas. Amatlah sengsara ketika itu sbb belum pernah merasa begitu susah dengan keadaan rumah yg sedemikian. Tapi, apakan daya, daku disuruh untuk tinggal dan bersabar kerana itu sahaja bilik sewa yg murah.

Namun, rumate x tahan dengan persekitaran yg x membina tersebut, mencari alternatif lain dengan mencari bilik sewa di internet. Alhamdulillah, dengan menggunakan alasan rumate mahu pindah, daku mula pindah dengan bantuan seorang kawan. Kali ini, pangsapuri itu terletak di kawasan perumahan dan agak jauh sikit dari tempat kerja. Perlu menaiki bus ke sana. Sebilik dengan rumate yg lama dan kali ini, bebas untuk main masak2. Alhamdulillah syukur dengan adanya kemudahan mesin basuh, dapur, katil, almari dan  tandas yang dijaga oleh penghuninya. Harga sebilik dikongsi dengan rumate. Ketika ini, daku mula berjinak2 keluar rumah untuk berjumpa kawan2 di KL atau di sekitarnya dengan bantuan perkhidmatan awam, seperti bus dan komuter. Ini kerana, rumateku selalu keluar rumah. Kadang2 tinggal sendirian melahirkan perasaan berani dalam diri. Suasana baru itu, daku cuba untuk sesuaikan diri. Elaun praktikal yang dapat adalah sekitar RM500. Hanya membeli barangan keperluan diri, bayar rumah sewa dan duit perjalanan sahaja yang daku mampu membelanjakannya. Rumate plak, mmg beli brg2 lebih dari keperluan harian. Daku pula yg x malu meminjamnya.

Setelah tamat berpraktikum, daku memohon untuk kerja di ofis lama. Ketika ini, bos sudah membeli ofis baru x jauh dari ofis lama. Tapi agak selesa. Ketika ini, laptop yg dibelikan oleh ayah dan hensetku telah dicuri orang. Mungkin kerana keselamatan yg x ketat sgt sbb ofis itu masih baru. Sedihnya x terkata. Xde kata2 untuk diberitahu kpd ayah. Daku menggunakan gaji sepenuhnya untuk beli laptop baru atas pertolongan seorang rakan. X sampai beberapa bulan, daku diterima belajar di U kembali.

diuji

Dengan berbekalkan laptop baru dan henset 3310 (dipinjam dari seorang rakan), daku menggunakannya sebaik mungkin. Kelihatan, rakan2ku menggunakan laptop yg berjenama, tapi itu x melunturkan semangatku untuk terus belajar. Bersyukur dengan apa yg ada. Namun, pembiayaanku untuk sarjana belum dapat. PTPTN x mampu untuk menampung lagi pembelajaranku setelah ditangguh pengajian sebanyak 2 kali. Daku mula mencari alternatif pembiayaan yg lain. Pembelajaranku agak sedikit terganggu, pabila namaku naik di peringkat pengurusan U atas sebab outstanding balance. Sehingga, daku mahu meninggalkan sahaja pembelajaranku atas faktor kewangan. Daku x mendapat sokongan malah diherdik di kalangan org terdekat. Hanya ALLAH tempat mengadu. Kesku menjadi perhatian beberapa pelajar dari kos yg berlainan dan rakan sekelasku. Mereka menghulurkan bantuan tanpaku pinta. Lecturers yg mengajarku, x putus2, memberikan semangat agar daku x membuat keputusan untuk berhenti belajar. Duit sara diriku tidak ada ketika itu.

Daku terpaksa meminjam RM1500 kepada seorang rakan kerana yuran asramaku yg tertunggak sejak sekian lama. Daku membuat keputusan untuk mencari rumah sewa dengan bantuan rakan seusrah dengan hanya berbekalkan rasa prihatin mereka. Daku x membayar langsung duit sewa rumah, api dan letrik, krn x mampu. Cuba untuk mencari kerja sampingan, iaitu menjadi guru tuisyen yang berpendapatan, RM300 atau kurang dari itu, dengan mengajar BM, BI, Maths, Science, Geografi dari Pre School, Standard 1, Standard 2, Standard 3, Standard 4, Standard 5, Standard 6 and Form 1. Hanya Tuhan je yang tahu, betapa penatnya dengan gaji yg x berbaloi. Tapi, daku x mengeluh, malah meneruskan kerjaku walaupun tidak disokong oleh kawanku. Hanya dengan duit itu, daku dapat makan dan minum ketika di U. Selain itu, daku menerima tawaran dari seorang rakan menjadi fasilitator sementara di Selangor, dengan berbekalkan duit RM300 dan kadang2, RM150 untuk 1 hari setengah, cukup menampung perbelanjaanku. Kesanggupanku menaiki komuter pagi2 ke Selangor, hanya ALLAH yang lebih mengetahui.

Di penghujung sem, daku ditawarkan mendapat RM5000 dari LBNK. Duit tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian, RM2500 untuk sara diri sepanjang sem (RM1500 bayar balik hutang rakan) dan selebihnya membayar duit yuran. Alhamdulillah, syukur x terkata. Walaupun dapat duit tersebut, daku still meneruskan kerja2 mengajar di tuisyen. Ketika ini juga, daku ditawarkan MyMaster untuk menampung lebihan ountstanding balance yuran pengajianku.

Ketika praktikal, daku diuji sekali lagi untuk melanjutkan sem kepada short sem kerana prestasi yg x memuaskan. Puas ku pujuk hati, kerna x ada dana lagi untuk tampung yuran yang perlu ku bayar nanti. Daku memohon kerja di company yg terletak di bukit Jalil, dengan menggunakan gaji RM1900 iaitu gaji bersih, cukup menampung dakwat printer, dan keperluan yang lain untuk melakukan thesis. Sekali lagi, result x memuaskan, membuatkan lecturer mencadangkan daku menyelesaikan tugas2 di sem hadapan. Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa 1 jam. Gaji yg kudapat itu, kulangsaikan duit sewa rumah 2 kali ganda bagi menampung hutangku dahulu.

alhamdulillah

ALLAH telah merancang sesuatu yang terbaik untukku. Datang seorang putera meminangku. Dalam kewangan yg serba cukup2 makan itu, daku meminjam pula dengan adik perempuanku sebanyak RM1000 untuk persediaan perkahwinanku. Tiada kad kahwin. Tiada yg grand. Hanya menyediakan beberapa barang hantaran pada pertunangan dan perkahwinan. Semuanya ku lakukan sendiri yang hanya bergajikan RM1900 dan RM300 (duit tuisyen) serta RM1000 (duit pinjam). Selebihnya adalah hadiah pemberian dari sanak saudara sebelah ibu dan rakan2 yang kukenali. Daku yakin rezeki akan datang bergolek setelah berkahwin.

Sabda Rasulullah bermaksud :

“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud :

“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)

 

Alhamdulillah, setelah berkahwin, daku ditawarkan melanjutkan pelajaran di U dan dibiayai oleh KPT. Syukur x terkata padaNya. Dengan berkahwin, hati rasa tenang dan keperluanku dicukupi. Segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah..

Di sebalik kisah hidup ini, walaupun diuji dengan kewangan, tapi adik beradik x dilupakan. Sifat Syukur dengan apa yang ada, menerima dengan rela apa yang terjadi, dan sentiasa memohon pada ALLAH agar ditambahkan rezeki. Hanya Tawakkal kepada ALLAH sahaja menyelamatkan diriku dari tipuan keindahan dunia. Sepanjang meniti hari semalam, belum ada lagi baju baru atau berjenama, cuma beg yang lusuh, kasut yang beberapa kali dibeli kerana sudah beberapa kali diketuk oleh shoemaker serta tudung yg dipakai sejak kolej lagi.

Hati berpada2 dengan apa yang ada. Sedikit mencukupi, banyak, diagihkan. Jesteru, ALLAH adalah yang Maha Kaya, Al-Ghani. Milik ALLAH segala yang ada dan tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatu yang memerlukanNya.

~ Ya ALLAH, jadikanlah aku merasa qana’ah (merasa cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah ENGKAU rezkikan kepadaku, dan berikanlah berkah kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua yang hilang dariku, dengan yang lebih baik..