Perjalanan ilmu..

Ketika masih dalam praktikal, diri mula mencari peluang2 utk smbung belajar di kala bergelombang dengan tugasan2 ketika di Puchong. Hati mula jatuh hati pada UTM, apabila serasi dengan kehendak diri.

Bertanya pendapat pensyarah2 kesayangan ketika masih degree, Dr Fauziah Baharom, Puan Hamirul A’ini, Puan Norida Darus..  Mereka adalah tulang belakang diri ini agar kuat azam untuk menyambung pelajaran walaupun tau ttg kemampuan diri yang x seberapa. Terima kasih, pensyarahku.. Jasamu kan ku ingat selalu.. Doaku sentiasa bersamamu..

Alhamdulillah, proses untuk menyambung pelajaran amatlah mudah. Setelah tamat praktikal, pelbagai temuduga kerja telah dijalani kerana membuat plan B, if x dapat sambung belajar, akan memasuki alam pekerjaan. Pernah suatu ketika, dapat tawaran kerja di Bandar Tasik Selatan setelah ditemuduga pada hari yang sama. Namun ketika itu juga, keputusan dapat sambung belajar diketahui. Alhamdulillah.. Belajar merupakan peluang yang amat indah walaupun liku2nya amatlah berduri.

Dengan berbekalkan azam dan matlamat diri, ku gagahi jua. Menerombosi dunia yang penuh dengan hutan batu adalah amat janggal. Malah boleh dikatakan selama setahun setengah di asrama Rejang, x pernah tau jalan masuk ke asrama, bas yang boleh dinaiki untuk keluar ke bandar dan kedai2 makan yang dijual di situ. Ibarat berada dalam tempurung. Dunia yang sibuk dengan mengejar matlamat hidup; pagi ke universiti, malam balik ke universiti, makan hanya di cafe asrama. Rutin harian setiap hari.

Sekelas di universiti, belajar dengan semuanya lelaki membuatkan ianya suatu cabaran kerna ketika di UUM, agak sukar untuk berbincang dan bergaul dengan lelaki. Kali ini, perlu tempuh segalanya dengan yakin tanpa meninggalkan batas2 pergaulan yang telah ditetapkan oleh syara’. Alhamdulillah, walaupun agak kekok pada mulanya, namun cuba cekalkan hati menyahut cabaran dalam berkomunikasi.

Diuji lagi pada semester pertama apabila biaya untuk pengajian tidak dapat. Sudah hampir keseluruhan pembiaya yang dicari, namun x pernah mendatangkan hasil. Sehingga pernah diri ini rasa menyesal sendiri. Apabila semester kedua bermula, diri mula resah memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan MyBrain 15 yang diberi oleh kerajaan Malaysia bagi menggalakkan lagi para sarjana di kalangan rakyat Malaysia. Namun, permohonan ditolak. Kecewa yang amat sangat. Cuba pula untuk meminta pinjaman, kerana sudah tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangan membiayai pengajian. Ketika itu, bendahari jabatan mula memanggil namaku. Bertemu dekan. Bertemu pensyarah. Malah jadi terkenal kerana menjadi pelajar yang x pernah membayar yuran pengajian. Sehingga pada suatu masa, membuat keputusan yang tidak rasional, iaitu berhenti belajar. Namun pensyarah sentiasa memberi sokongan jitu dan daku bersetuju dengan keputusan tersebut. Terima kasih buat Puan Haslina Md Sarkan dan Encik Muhd Ridzuan Ahmad atas pertolongan motivasi di kala masih lemah dalam berfikir keputusan yang terbaik untuk diri. Kesudian Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin melepaskan saya dari bebanan kewangan bagi meneruskan belajar akan dikenang sepanjang hayat sy.

Masih memohon MyMaster sambil mengharapkan sinar kan muncul walau ribut menghancurkan segala harapan. Pengajian masih diteruskan di semester ke 3. Diuji dengan Thesis yang tidak sampai ke tahap yang dikehendaki oleh pensyarah. Tangisan demi tangisan mengalir tanpa henti selain mendapat perhatian pensyarah2 agar menunda pengajian ke semester pendek dan bertukar supervisor. Hasrat hati ingin habis belajar ketika itu juga bersama rakan2 yang lain. Malu dengan diri sendiri dan Jabatan tempat praktikal apabila masih berhubung mengenai projek penyelidikan lagi. Setiap staf di sana sentiasa hairan kerana masih lagi menghubungi mereka mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan. Terima kasih pada Kak Sohailah Safie dan Encik Fairol yang sabar dan memahami keadaanku yang kian tertekan dengan hambatan penyelidikan dan “proses memulakan semula”.

Asrama ditukar kerana x mampu menanggung kos sewa di sana. Mujurlah ada sahabat membantu menghulurkan dahulu sewa tertunggak selama beberapa semester. Memilih teman seusrah yang tinggal berdekatan dengan asrama sebagai tempat perlindungan. Bergantung belas kasihan dari ahli usrah agar menangguhkan pembayaran duit sewa rumah yang x mampu dibayar ketika itu. Selama 9 bulan, mereka menanggung segala makanan dan sewa rumah. Pada mulanya agak malu untuk tinggal bersama, namun dengan berbekalkan muka tembok ini, digagahi jua. Tuisyen yang berdekatan rumah merupakan pekerjaan sementara bagi menanggung kos sara hidup diri. Dengan berbekalkan RM150 untuk sebulan, ku gagahi jua menempuh hidup yang mendatang. Tanpa pertolongan dari sesiapa pun, diri ini cuba mengorak langkah walau kadang kala dihimpit kelaparan yang amat sangat. Mengemis kasih sayang di rantau orang. Tidak terbalas budi kalian, rakan seusrahku, kak Musnih Syamsuddin (Ainul Wardiah) dan kak Norhayati Abdullah yang setia bersamaku walau diri tidak mampu membeli makanan dan berkongsi duit sewa rumah. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Moga di padang Mahsyar nanti, pahala berganda dari sifat pemurah dan sabar kalian melayani diri ini.

Ketika itulah jua, permohonan MyMaster diterima dan pinjaman juga dapat. Pinjaman digunakan sepenuhnya membiayai kos kehidupan di KL dan kos membuat penyelidikan. Alhamdulillah, ketika di saat genting itulah, semuanya diterima. Tiba waktu untuk membentangkan hasil penyelidikan. Penyelidikanku masih tidak dapat memuaskan hati examiner2 yang hadir pada hari itu. Hancur luluh hati apabila mengenangkannya hingga malu untuk berjumpa dengan sesiapa hatta teman serumah. Namun, ku gagahi jua bila mendapat peluang kedua untuk semester panjang.

Memulakan langkah kali ketiga dengan berhati2. Berbekalkan pengalaman yang lalu mengajar erti berjuang dalam lautan ilmu yang x bertepi. Dr. Naz’ri Mahrin, supervisor yang tegas dan amatlah teliti. Ku cuba dan tabah menghadapinya pada kali ini. Ramadhan pada tahun itu juga, berhenti mengajar di pusat tuisyen, bagi menumpukan sepenuhnya pada ibadat dan penyelidikan. Rezeki kerja datang bergolek di awal Ramadhan. Mendapat tawaran bekerja di syarikat yang diimpi oleh semua pelajar jurusanku, amatlah disyukuri. Custommedia Sdn. Bhd. gah pada nama dan proses kerja yang teratur. Bermula Ramadhan, rezeki mula melimpah ruah. Walau jauh, namun ku tempuhi jua untuk meneruskan baki kehidupan.

Di saat ini, bahagia datang menerpa. Seorang jejaka berani untuk memetik diriku sebagai suri teman hidupnya. Pada Syawal, ikatan pertunangan terjalin dan Zulkaedah menjadi saksi, diri sudah dimilikinya. Syukur pada Tuhan. Ketika diri bergelut untuk meneruskan hidup, ada yang sudi menjadi raja di hati.

Bulan2 yang penuh dnegan kesibukan hingga terlupa seketika dengan penyelidikan. Alhamdulillah, punyai suami yang memahami dan sentiasa memberi sokongan padu.

Tawaran PHD mula menerpa di kala masih bergelut menyiapkan usaha2 terakhir untuk penyelidikan. Pelbagai andaian negatif menerpa bila ianya datang tanpa diduga. Ujian Tuhan berbentuk kesenangan dan kesulitan. Pada ketika itu, ku anggap, biarlah tawaran hanya pada kertas. Bimbang perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang. Bimbang x dapat membahagikan masa buat suami yang banyak bersabar denganku. Bimbang tak dapat menghasilkan penyelidikan yang terbaik. Pengalaman pensyarah yang mengatakan PHD adalah saat2 genting dalam hidup seorang pelajar, membuatkan diri berfikir 1 000 000 kali.

Ketika membentangkan hasil penyelidikan buat kali ke-3, si dia hadir memberi semangat. Terima kasih buat suamiku, Azri Amin Che Din yang bersamaku susah dan senang. Alhamdulillah, pada kali ini, pembentanganku berjaya menarik hati examiners2. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya diri ini padaNya.

Majlis konvokesyen juga menjemputku untuk hadir sebagai graduan yang telah berjaya mengharungi duri2 kehidupan sepanjang belajar di universiti. Apabila menerima skrol Senat, terasa gugur segala jerih payah selama ini. Tiada kata yang mampu terungkap, kecuali Alhamdulillah..

Kini, kata2 semangat suami menjadi perisai diri untuk membangunkan kembali sisa2 semangat belajar untuk menyambung pelajaran ke tahap PHD. Sungguh, diri ini amat bermakna bila ada yang teristimewa di sisi. Memberi cahaya dalam saki baki kehidupanku..

PHD, dirimu kan ku kejar. Telah berlalu musim kesusahanku untuk mendapatkan segulung sarjana. Kini tiba masanya, untuk PHD dicapai. Tuhan, permudahkan segala urusanku di kembara ilmu. Jadikan aku hambaMu yang dapat menggunakan ilmu yang ada untuk faedah umat islam. Tambahkanlah ilmu yang bermanfaat dan rezekikanku kefahaman yang luas..

Advertisements

luahan rasa

Sudah agak usang blog ini dibiarkan. Tanpa suara. Tanpa luahan rasa.

Masih lagi terkejut dengan berita seorang sahabat yang dilanda badai rumahtangga, lalu terdampar di lautan, terbiar. Biar pelbagai spekulasi mendatang, namun diri ini masih kerdil membuat solusi sendiri berdasarkan pandangan peribadi. Ada hikmah yang boleh dikutip.

Seakan mendapat kejutan jantung, mendengar dan memerhati masalah mereka. Mampukah hubunganku yang belum sampai setahun jagung ini, cuba memberi pendapat tanpa mengetahui masalah yang dialami mereka sendiri? Hanya mereka yang mengalaminya sahaja ada jawapannya. Ya ALLAH, berkatilah hubunganku denganMu, dan berkatilah jua hubunganku dengan suamiku.

Wahai diri, sudah cukupkah mencari pahala melaksanakan ibadat sebagai seorang isteri? Jadikanlah iktibar dari sebuah ujian agar tidak terpalit pada diriku.Ujian berumahtangga bermacam cerita dan rasa. Andai sudah bersedia menggelar seorang isteri, perlu jua bersedia menghadapi liku2 sendiri. ALLAH lah jua tempat pergantungan diri.

Masih lagi berbaki sebak di jiwa, namun ku pasakkan azam menjadi yang terbaik, sungguhpun banyak lagi kelemahan yang bersarang. Biarlah ku tempuhi waktu tersisa ini dengan berbulan madu bagi mengenali si dia agar bersedia meneruskan alam berkeluarga yang lebih besar. Ianya tanggungjawab yang perlu dipikul dan akan ditanya ILahi. Perlu juga ilmu yang mantap dalam kekeluargaan. Bersedia itu perlu. Ilmu juga perlu.

Ku doakan mereka kuat untuk menghadapi segala yang telah ditaqdirkan untuk mereka. Agar tidak terbiar janin cinta yang diperoleh bersama.