Pulihkan semangatmu..~

Aku kenal dengan sorang kakak ni masa join program radio nasyid online. Masa berlalu sehinggalah jadi kawan sebilik dan seusrah..

Aku kenal dia sbg kakak yg caring dan baik hati.. Cuma, bila aku sudah mendirikan rumahtangga, aku x update stories dengan kawanku ini. Masing2 ada hala tuju.. Dia aktif dengan persatuannya di hujung minggu, aku pula sibuk menjadi isteri pada seorang suami. hehe..

Hinggalah, dia memberikanku kad jemputan kahwinnya. Terlalu gembira sehingga skodeng bakal husband dia dalam social media. Bagiku, dia berhak bahagia. bakal husband dia seorang yang amat busy. Sibuk dengan persatuan yang dinaunginya, kerja hakikinya yg membolehkannya ke sana dan ke sini, kerja teaternya, kerja mc majlisnya.. fuh.. x cukup kaki tangan klu nk ikutkan.. tapi x tau la mcmn dia boleh handle.. hehe

Masa resepsi di rumah sebelah lelaki, aku menghadiri majlisnya. wow., mmg gah lah majlisnya. tp itulah majlis perkahwinan yg akan dibuat sekali dalam hidup kita. Dengan video kawen yg mengancam, mmg terbaiklah..

Selepas itu, masing2 buat hal. Sehinggalah, suatu hari rakanku yang lain mengajak berjumpa ramai. Aku x bawa suami dan anak, sbb diorang balik kampung. Mmg happening dan memorable moment. Kakak ni dgn suami dia romantik habis. Pegang tangan lah.. hoho.. mmg jeles betol sbb masing2 bawa husband diorang… tapi alhamdulillah, kitorang berkumpul bersama setelah semuanya berkahwin.

doa

Selepas itu, kitorang masing2 bawa haluan.. Sorang di Singapore. Sorang di Klang.. Sorang di Bangi. hehe…

Sehinggalah, aku pergi rumah kawanku kerna ingin memberikannya teh hijau. Aku bertanyakan halnya. Seperti biasa, dia ceritakan suaminya yang sibuk dengan kerja. Dia pula sibuk dengan program.

Aku pernah mengajaknya pergi ke program Dr. Zakir Naik bersama seorang rakan. Tapi pelbagai alasan yang dia beri. Mungkin faktor jarak, buat dia fikir banyak kali untuk menerima perlawaanku.

Pagi ni, aku bermimpi tentangnya. Aku dalam keadaan melalui sebuah tangga. Aku nampak dia, lalu aku berpesan, “kak, x payah lah pergi. Suami kan baru dapat cuti, spendlah masa dengan dia”. DIa menjawab, dia nak pergi dan x hiraukan kata2ku. Setelah terjaga, aku bgtau mengenai mimpiku ini pada dia. DIa ckp aku ada sixth sense, dah tiba masanya aku tau hal sebenar. Hal itu mengejutkan aku. Dia dh berpisah dengan suaminya beberapa bulan yang lalu. X sampai setahun diorang berkahwin. Aku tergamam. Sedih, sayu, pilu,.. mcm2 perasaan yg berombak dalam dadaku.

field-of-tulips1

Oh, kawan..

Pulihkanlah semangatmu.. Keputusan ini amat pedih untukmu.. DItingggalkan begitu saja..  Namun, kau harus pulihkan segalanya. Memang susah tapi kau harus bangun menghadapi realiti kehidupan ini. Banyak lagi fasa kehidupan yang perlu kau tempuh.

Oh, Tuhan…

Berikannya kekuatan dan hati yang tabah kepadanya dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini. Berilah ketenangan dan kemudahan buatnya. Murahkanlah rezekinya. Dia berhak bahagia.

Oh, diriku..

Jadikanlah ianya sebagai pengajaran buat hidupmu. Rumahtanggamu itu perlu dijaga untuk peroleh sakinah, mawaddah dan rahmah dariNya. Baikilah dirimu untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali buat anak dan suami.

 

P/S: Masih lagi terkejut dengan berita penceraiannya.

Mejor amigo por siempre

Teringat pertama kali berjumpa di Stadium Melawati pada 2009.. Konsert antara dunia dari Rabbani..

Itulah pertama kali berjumpa dengan hanya berkenalan dalam alam maya. Di alam maya, kukenali dirimu yang seusia denganku. Malah senang untuk berbincang bersama.

Pertama kali kau ajak untuk berjumpa, hatiku rasa ragu2 denganmu. Kerna takut mengenali orang yang salah di alam realiti. Kesungguhanmu dan keyakinanmu padaku amatlah mengagumkan. Harus dipuji. Tapi oleh kerana aku berada di perantauan, aku perlu menjaga diriku dari terjerumus berkenalan dengan orang yang tidak sepatutnya. Lantas aku mengajak rakan sepraktikalku untuk menemaniku. Agar aku rasa selamat jika ada perkara tidak elok berlaku.

Pertama kali kau berikan gambarmu untuk aku mengenalimu tika sampai di stadium nanti. Aku masih lagi berasa perlunya berhati2 untuk berjumpa denganmu yang hanya ku kenal namamu, number phone dan gambarmu.

Pertama kali kau bertegur sapa denganku, baru aku berasa apa yang dikau cerita benar belaka. Orangnya baik hati. Dia mengajakku mengenali rakan yang lain. Rupanya dia merupakan antara ahli yang lama dalam group peminat radio nasyid online. DI situ, aku mula mengenali rakannya. Walaupun masih takut2, kerna baru pertama kali berjumpa, tapi kau langsung menganggapku sebagai rakan lama. Really appreciate.

friendship

Pertama kali aku dan rakan serumahku menaiki kereta rakanmu dan kau menghantarku depan rumah. Aku tahu kau pasti tahu yang aku masih meraguimu kerna aku belum kenal sangat denganmu. Demi keselamatanku, dia dan rakannya menghantarku. Mungkin kerna konsert tersebut habis lambat. Mungkin kerna rumahku jauh di pelosok hutan besi. Segalanya mungkin. Tapi malam tersebut menjadi saksi bahwa aku mempunyai kawan baru yang ambik berat akan keselamatanku, walaupun kenal di alam maya.

Seterusnya, kita banyak berjumpa dalam events yg dianjurkan oleh group peminat radio nasyid online. Kita pernah berprogram di Bagan Lalang. Kita pernah berjumpa di program nasyid. Disebabkan terlalu banyak program, aku x dapat mengira dengan jelas kenangan kita bersama.

Kau pernah mengajakku menjadi fasilitator anjuran sekolahmu kerna kau tahu aku kesempitan wang ketika itu utk belajar. Aku enjoy bekerja sebagai fasilitator kerna ia merupakan kerja yang mulia dan dapat mengajar generasi akan datang mengenai perkara asas dalam Islam. Setiap kali habis program, kau menghulurkanku sampul surat yang berisi wang. Amat lumayan buat aku yang memerlukan wang untuk hidup ketika itu.

Aku pernah berkunjung di rumahmu ketika ada program fasilitator. Kita pernah jatuh motor. Hahaha.. Kenangan itu akan terakam dalam waktu. Sepanjang kita berkenalan dalam group peminat radio nasyid online, aku mengakui bahwa hanya kau yg paling rapat denganku.

Walaupun beberapa dugaan yang kita terima kerana keakraban kita, namun kita masih bersama. Sentiasa ada sesi meluah rasa. Tak lupa juga tazkirah bagi menghidupkan hati2 kita.

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba- DeHearty

Saat aku berjumpa yang istimewa, aku berkongsi rasa denganmu. Namun, terasa sedikit sedih kerana kau x hadir pada hari bahagiaku. Mungkin kau ada hal yg x dpt dielakkan. Mungkin juga kau merasa sedih kerana aku sudah melengkapkan kehidupanku dan tidak dapat lagi bersamamu.

Sepanjang aku bersama dengan yang istimewa, aku makin menjauh dengannya. Sehinggalah aku melahirkan zuriat bersama yang istimewa. Sungguh kau makin menghilang dari diari hidupku. Namun, di sudut hati kecilku, namamu masih terukir indah.

Sejak aku berpindah ke tempatmu, aku cuba untuk berjumpa kembali. Memori saat bersama masih lagi indah. Cuma masa membatasi segalanya. Ianya tidak seperti dahulu. Kau mula rasa janggal bila aku bersamanya. Mungkin malu. Mungkin x mahu menggangguku. Segalanya mungkin.

Aku cuba mengatur pertemuan bersama untuk hadir ke suatu program yang aku idam2kan untuk hadir. Dikala kau respon untuk pergi bersama, hatiku mula berbunga kertas. Masa bersama amatlah suntuk. Dari pukul 5 hinggalah pukul 11.30 malam. Namun, aku puas dapat berjumpa dengan so called “awak”.

friendship1

Terima kasih menjadi sahabat setia saya selama 7 tahun kita berkawan. Pejam celik, waktu berlari begitu pantas. Moga suatu hari nanti, akan ada seorang yang istimewa yang dapat membuka kunci hati awak. You’re still my best friend forever..~

P/S: Teringat Kenangan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 April 2016. Moga ALLAH merahmati hubungan persaudaraan kita hinggalah ke syurga.