Demi PhD..~

Demi PhD, aku terpaksa meninggalkan anak dan suami buat sementara waktu. Masih terngiang2 suara lect yg msh x puas hati akan effort ku. Byk yang perlu aku lalkukan sebelum defend proposal. Byk kesalahan yg aku lakukan. Byk juga pembetulan yang perlu diperbaiki.

Minggu ni, aku cuba menatap wajahnya dalam2. Selama 10 bulan aku menjaganya, menyusunya, menguruskannya, menidurnya dan bermain dgnnya. Aku cuba mencari kekuatan di tengah kekalutan mempersiapkan keperluan anakku. Dia x mahu minum susu formula hatta susu soya yg dibelikan untuknya. Memang aku mengajarnya menyusu kerap kerana dulu ketika dia msh baby, dia di masukkan di dalam wad untuk penjagaan lanjut. Sehingga kini, aku masih menyusunya dengan susu badanku sendiri. Ku cuba untuk makan yang berkhasiat agar anakku dapat membesar dengan baik.

Ayat2 itu msh bermain di kepala. Meninggalkan keluarga adalah suatu keputusan yang amat berat buat diriku. Sayunya hati melihat suami mengurus anakku pula. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yg mithali, yg boleh diharap malah aku yakin suamiku dapat menjaganya dengan baik. Cuma, aku risau anakku ketika dia hendak tidur dan lapar.

mybaby

Semua ini terlalu cepat buatku. Aku perlu mencari pam susu sbg stock makanannya nanti. Byk yg perlu dipelajari.

Memang sedih meninggalkan anak yang masih menyusu badan sepenuhnya kan? Ibu yang tidak menyusu pun merasa sedih berjauhan dengan anak, apatah lagi kita yang menyusukan. Tapi jangan terlalu diikutkan rasa sedih itu. Fikir positif & tenangkan hati anda. Pam secara konsisten (selang  2-4 jam).

Persiapkan mental & emosi anda untuk menghadapi cabaran ini. Sekiranya kita bersedia, insyaAllah kita pasti mampu menghadapi segala ujian mendatang. Lakukan persiapan awal dan sentiasa lah berfikiran positif. Saya yakin, kita semua mampu melakukannya. Yakinlah bahawa setiap usaha & keperitan yang kita rasai, ada ganjaran yang telah dijanjikan buat kita.

– http://cinta-mummy.blogspot.com/2011/06/panduan-buat-ibu-ibu-menyusu-yang-perlu.html

Wahai PhD, aku bukannya dari kalangan orang yg pandai. Tapi, aku diamanahkan oleh ALLAH untuk meneruskan perjalanan ilmu ini. Adakah aku akan berputus asa dgn menangguhkan pengajian? Adakah semudah itu, setelah sekian lama, suami dan anak berkorban untukku. Aku perlu buat sesuatu untuk PhDku.

Wahai PhD, mengapa susah sangat aku untuk menempuhnya. Aku tahu aku byk kelemahan terutamanya dalam penulisan. Aku tahu aku x banyak membaca. Argh, terlalu banyak kelemahanku. Perlukah aku menjatuhkan diri? Perlukah?

Tidak. Aku perlu mengumpul kekuatan untuk tempuhinya. Aku dipilih oleh ALLAH untuk melalui denai2 ilmu. Aku perlu berusaha lebih gigih. Aku juga perlu berkorban kasih dan sayangku pada suami dan anak.

Wahai PhD, ketahuilah, amat payah untuk aku membuat keputusan. Aku ada azam. Aku tahu dan yakin ALLAH akan menolongku. Aku yakin ALLAH bersamaku. Aku yakin ALLAH akan menjaga suami dan anakku sepeninggalanku.

ALLAHu rabbi, aku ini hambamu sahaja. Amat layak untuk menerima ujian ini. Kuatkan aku, Ya ALLAH..~

Advertisements

Antara aku dan dia..~

Aku mengenalinya sejak 2009 lagi. Perkenalan dari sebuah web islamik. Aku join chat web group tersebut. Di situ aku mengenalinya. Kebetulan, tika itu, aku memerlukan seseorang yg memahamiku. Rumah sewa yang ku duduki itu ku anggap kosong tanpa pengisian. Di situ, aku mula mencari rakan dari dunia maya.

Alhamdulillah, ALLAH mempertemukanku dgn sebilangan ahli chat tersebut. Di situ, mula lah aku sbg rakan yg plg aktif dlm pergerakan aktiviti web berkenaan. Aku makin hampir dgnnya pabila aku berkongsi kisah hidupku. Dia tahu A hingga Z. Dari saat aku ketiadaan duit dan tempat tinggal. Aku mengakui aku makin rapat. Rapat sgt. Hinggakan, jika berlaku sesuatu, aku dan dia yg lebih mengetahui. Semua rakan2ku tahu akan keakrabanku. Hinggakan, sesiapa yg ingin rapat denganku dicemburuinya. Sudah beberapa kali, aku dan dia menangis kerana ada orang ketiga antara kami.

Keluarganya ku anggap seperti keluarga sendiri. Pelajaranku hampir2 terkandas, kerana keaktifanku dalam group berkenaan. Sehinggakan aku lebih mengutamakan dia dan aktiviti yg akan dilaksanakan oleh group tersebut. Pernah suatu ketika, rakan ku menyembunyikan handphoneku kerana dia sentiasa hubungi ku untuk update cerita2 terkini mengenai ahli2 dalam group tersebut. Aktivitiku dlm kelas sering terganggu dengan kekerapannya menghubungiku. Malah, balik dari kelas pon, dia sentiasa hubungiku. Seharian, beberapa kali kitorang berhubung.

Pernah, aku diuji dengan ketiadaan duit yuran selama 2 semester. Aku menghubungi salah seorang group web berkenaan sekadar meluahkan. Bukan x mahu luah padanya kerana aku x nak dia thu aku susah sbb dia lebih memerlukan kewangan dariku. Tapi aku dimarah dan dicemuh krn melebihi org lain untuk berkongsi masalah. Malah, dia menceritakan masalahku pada beberapa orang lagi dari group web tersebut untuk mengutip derma atas kesusahanku. Ah, malunyaaa.. (Aku x suka kisahku dijaja org, malah buka simpati yg aku harapkan.)

Aku pernah dicemuh keluarga kerana attitudeku berubah semenjak aku mengenalinya. Namun, ibarat ketandusan kasih sayang di sumur, aku sentiasa mengunjungi rumahnya malah beberapa kali berjumpa bersama2 rakan2 group yg lain. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kami. Aku pernah menangis dan pernah juga menjauhkan diri darinya tika dia mula mengeluarkan kata2 yg x dapat kuterima. Agak kasar bg diriku. Lambang cemburunya dan geramnya padaku. Pernah dia mengungkit apa yg dia dah buat padaku, dari perbelanjaan, kasih sayang dan segala-galanya. Kesnya, sbb aku x duduk rumahnya, tapi bersama dgn org lain. Tika itu, tahun kesempitan wang ku. Aku x de cara lain melainkan mengurungkan diri dari ke mana sahaja aku hendak pergi. Malah aku bekerja untuk menampung hidupku tika itu.

Sehinggalah, ada seseorang ingin mencuri hatiku. Aku serahkan padanya untuk menjadi orang tengah kerana aku amat takutkan zina hati yg akan bila2 je menggangguku. Aku memilihnya krn dia lebih berpengalaman dalam hidup dari diriku. Hari berganti hari, hinggalah, aku diijabkabul. Dia di antara org kuat yg menyokong perkahwinanku dgn si rusuk kananku..

Sepanjang perkahwinanku, dia amat rapat dengan aku dan suami hinggakan saat2 pregnant pon aku rujuk padanya. Namun, setelah beberapa kali sedutan yg lalu, aku dah takut nak bercerita dan berkongsi semuanya padanya. Aku tahu dia baik, tapi ada saat2nya dia akan meletup dengan mengungkit apa yg dia dh lakukan padaku. Cukuplah, kata2 pedas yg hinggap di telingaku. x sanggup rasanya nk dengar.. Peribadinya bertukar.

Suamiku belum tahu mengenainya dan aku x pernah bgtahu sehinggalah berlaku suatu insiden yg suamiku pon terasa dgnnya. Rupanya, suamiku pernah terasa dgnnya, cuma x diberitahukan padaku. Bagiku, cukuplah, apa yg tergambar di hadapan suamiku. Aibnya, biarlah aku rahsiakan demi menjaga hubungan suami dgnnya. Namun saat itu, amat sukar. Apa yg telah berlaku dahulu berulang kembali. Ayat2 mengungkitnya, dendamnya semuanya ditabur ke atasku gara2 seseorang.

Aku hanya benci akan perbuatannya tapi aku dah maafkannya. Antara aku dan dia, biarlah segala rahsia x diberitahu scr melulu padanya. Kerna suatu hari nanti, akan terbongkar jua dari pandangan orang lain.

 

P/S: Tuhan, antara aku dan dia ada kasih sayang di antara kami. Moga kekal selamanya.. Aku bukan benci atau dendam, tapi rasa sedih dengan apa yg berlaku…~