Mejor amigo por siempre

Teringat pertama kali berjumpa di Stadium Melawati pada 2009.. Konsert antara dunia dari Rabbani..

Itulah pertama kali berjumpa dengan hanya berkenalan dalam alam maya. Di alam maya, kukenali dirimu yang seusia denganku. Malah senang untuk berbincang bersama.

Pertama kali kau ajak untuk berjumpa, hatiku rasa ragu2 denganmu. Kerna takut mengenali orang yang salah di alam realiti. Kesungguhanmu dan keyakinanmu padaku amatlah mengagumkan. Harus dipuji. Tapi oleh kerana aku berada di perantauan, aku perlu menjaga diriku dari terjerumus berkenalan dengan orang yang tidak sepatutnya. Lantas aku mengajak rakan sepraktikalku untuk menemaniku. Agar aku rasa selamat jika ada perkara tidak elok berlaku.

Pertama kali kau berikan gambarmu untuk aku mengenalimu tika sampai di stadium nanti. Aku masih lagi berasa perlunya berhati2 untuk berjumpa denganmu yang hanya ku kenal namamu, number phone dan gambarmu.

Pertama kali kau bertegur sapa denganku, baru aku berasa apa yang dikau cerita benar belaka. Orangnya baik hati. Dia mengajakku mengenali rakan yang lain. Rupanya dia merupakan antara ahli yang lama dalam group peminat radio nasyid online. DI situ, aku mula mengenali rakannya. Walaupun masih takut2, kerna baru pertama kali berjumpa, tapi kau langsung menganggapku sebagai rakan lama. Really appreciate.

friendship

Pertama kali aku dan rakan serumahku menaiki kereta rakanmu dan kau menghantarku depan rumah. Aku tahu kau pasti tahu yang aku masih meraguimu kerna aku belum kenal sangat denganmu. Demi keselamatanku, dia dan rakannya menghantarku. Mungkin kerna konsert tersebut habis lambat. Mungkin kerna rumahku jauh di pelosok hutan besi. Segalanya mungkin. Tapi malam tersebut menjadi saksi bahwa aku mempunyai kawan baru yang ambik berat akan keselamatanku, walaupun kenal di alam maya.

Seterusnya, kita banyak berjumpa dalam events yg dianjurkan oleh group peminat radio nasyid online. Kita pernah berprogram di Bagan Lalang. Kita pernah berjumpa di program nasyid. Disebabkan terlalu banyak program, aku x dapat mengira dengan jelas kenangan kita bersama.

Kau pernah mengajakku menjadi fasilitator anjuran sekolahmu kerna kau tahu aku kesempitan wang ketika itu utk belajar. Aku enjoy bekerja sebagai fasilitator kerna ia merupakan kerja yang mulia dan dapat mengajar generasi akan datang mengenai perkara asas dalam Islam. Setiap kali habis program, kau menghulurkanku sampul surat yang berisi wang. Amat lumayan buat aku yang memerlukan wang untuk hidup ketika itu.

Aku pernah berkunjung di rumahmu ketika ada program fasilitator. Kita pernah jatuh motor. Hahaha.. Kenangan itu akan terakam dalam waktu. Sepanjang kita berkenalan dalam group peminat radio nasyid online, aku mengakui bahwa hanya kau yg paling rapat denganku.

Walaupun beberapa dugaan yang kita terima kerana keakraban kita, namun kita masih bersama. Sentiasa ada sesi meluah rasa. Tak lupa juga tazkirah bagi menghidupkan hati2 kita.

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba- DeHearty

Saat aku berjumpa yang istimewa, aku berkongsi rasa denganmu. Namun, terasa sedikit sedih kerana kau x hadir pada hari bahagiaku. Mungkin kau ada hal yg x dpt dielakkan. Mungkin juga kau merasa sedih kerana aku sudah melengkapkan kehidupanku dan tidak dapat lagi bersamamu.

Sepanjang aku bersama dengan yang istimewa, aku makin menjauh dengannya. Sehinggalah aku melahirkan zuriat bersama yang istimewa. Sungguh kau makin menghilang dari diari hidupku. Namun, di sudut hati kecilku, namamu masih terukir indah.

Sejak aku berpindah ke tempatmu, aku cuba untuk berjumpa kembali. Memori saat bersama masih lagi indah. Cuma masa membatasi segalanya. Ianya tidak seperti dahulu. Kau mula rasa janggal bila aku bersamanya. Mungkin malu. Mungkin x mahu menggangguku. Segalanya mungkin.

Aku cuba mengatur pertemuan bersama untuk hadir ke suatu program yang aku idam2kan untuk hadir. Dikala kau respon untuk pergi bersama, hatiku mula berbunga kertas. Masa bersama amatlah suntuk. Dari pukul 5 hinggalah pukul 11.30 malam. Namun, aku puas dapat berjumpa dengan so called “awak”.

friendship1

Terima kasih menjadi sahabat setia saya selama 7 tahun kita berkawan. Pejam celik, waktu berlari begitu pantas. Moga suatu hari nanti, akan ada seorang yang istimewa yang dapat membuka kunci hati awak. You’re still my best friend forever..~

P/S: Teringat Kenangan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 April 2016. Moga ALLAH merahmati hubungan persaudaraan kita hinggalah ke syurga.

Advertisements