dinero

Duit, kenapa engkau begitu kejam.. Menggoyahkan perasaan manusia. Hingga lupa diri dan asal usulnya..

Duit, engkau menggelapkan manusia dari menilai kaca dan permata.. melukakan hati2 orang disekelilingmu.. Hingga sanggup berbohong untuk memuaskan dirimu..

Oh, duit.. engkau tidak pernah cukup.. Semuanya memerlukan duit.. Sehingga keperluan asas sendiri pon, perlu berbanting tulang untuk menggunakan mu..

Mengapa semuanya terjadi pada diriku.. sedangkan duit itu sendiri ada penghujungnya.. akan habs bila tamat usianya.. belum tentu kebahagiaan boleh dimiliki dengannya.. apalah guna ada hati dan perasaan.. dimana kasih sayang?

Kesempurnaan tidak dinilai dengan wang ringgit.. Biarlah berkemampuan dan punya masa untuk menghargai kasih sayang..

Ukur baju di badan sendiri.. Sudah tahu diri tidak berkemampuan, usah dicari kepuasan dengan menolak nilai kemanusiaan.. Tertipu dengan nilai ringgit.. Puas dengan apa yang dimiliki.. Namun, hati siapa yang terguris?

Mengapa semuanya berada di sekelilingku? Adakah sesuatu yang perlu ku tahu? Duit itu hanya bayangan dunia yang fana dan tidak berguna di alam kubur.. Bukan kekayaan dan kesenangan hidup tujuan utama kita bernafas di bumi pinjaman Tuhan..

Duit, engkau telah merosakkan tali persaudaraan, malah benang2 kasih sayang manusia.. Sampai bilakah akan berakhir kisah tidak cukup duit, tidak mampu, tidak kaya? Apakah semuanya diukur dengan kertas ringgit?

Oh, tuhan.. Aku dalam dunia yang penuh dengan fitnah duitan.. Jauhkanlah aku dengan menjadi hamba duit.. Sungguh aku tidak mampu menolak bahawa semuanya perlukan duit.. Berikanlah aku kekuatan, menggunakan segala rezeki yang kau berikan ke jalan yang KAU redhai.. Janganlah kau jadikan anak cucuku mengharapkan duit sebagai batu loncatan untuk segalanya..

Wahai duit, aku tidak membencimu.. Namun, ketiadaanmu, membuatkan manusia hilang pertimbangan, kurang kasih sayang, tiada pedoman hidup..

Meminjam duit tanpa dibayar, mengambil duit tanpa izin, memindahkan duit ke akaun sendiri.. Oh, terlalu banyaknya ragam manusia pabila berhadapan denganmu..

Mampukah aku menilai keperluan dan kehendak dalam hidupku?